PTTI bimbing 1,000 calon SPM Kudat dengan Formula Rahsia Skor A+

Dari Penulis

PTTI Group Sdn. Bhd. terus membuktikan komitmen dalam memperkasakan pendidikan apabila menjayakan Program Jelajah Skor A+ SPM di Dewan Hakka, Kudat pada 11 dan 12 Ogos lalu.

Program anjuran bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kudat dan Kelab Nuri Bank Rakyat itu menghimpunkan 1,000 calon SPM daripada sembilan sekolah menengah sekitar Kudat, termasuk SMK Abdul Rahim, SMK Kudat, SMK Sikuati serta SMK Pinawantai.

Sepanjang dua hari, peserta mengikuti sesi intensif subjek teras iaitu Bahasa Melayu, Matematik, Sains dan Sejarah yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman PTTI. 

Setiap sesi menekankan strategi menjawab soalan, teknik menghafal fakta dengan mudah serta penggunaan “formula rahsia” bagi menguasai topik peperiksaan.

Selain akademik, Kelab Nuri Bank Rakyat turut melaksanakan slot literasi kewangan sebagai pendedahan awal kepada pengurusan kewangan berhemah. 

Inisiatif itu diperkaya dengan tajaan pembukaan akaun Kelab Nuri serta pemberian modul pembelajaran percuma kepada semua peserta.

Eksekutif Kanan Komunikasi Strategik PTTI Group Sdn. Bhd., Eizlan Haikal Eusop berkata, pihaknya mahu memastikan calon SPM lebih yakin dan bersedia melangkah ke dewan peperiksaan.

“PTTI bukan sahaja berkongsi teknik menjawab soalan dengan lebih berkesan, malah memberi motivasi dan keyakinan diri agar murid dapat mencatat keputusan cemerlang,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kudat (Sektor Pembelajaran), Hj. Sharif Zainal Abiddin Hj. Sharif Shek pula menegaskan, kerjasama pelbagai pihak amat penting dalam melonjakkan prestasi akademik murid.

“Program ini membuktikan sokongan komuniti dan sektor swasta mampu memberi impak positif kepada pencapaian pendidikan di daerah Kudat,” ujarnya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Deposit Bank Rakyat, Puan Azilla Nasarudin berkata, literasi kewangan perlu dididik sejak awal agar generasi muda lebih bijak membuat keputusan kewangan di masa hadapan.

Program Jelajah Skor A+ SPM sekali lagi mengukuhkan reputasi PTTI sebagai pusat tuisyen paling banyak melahirkan pelajar memperoleh semua A dalam SPM 2024, di samping membuktikan keprihatinan terhadap pembangunan potensi pelajar luar bandar.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This