Fattah Amin gerak kempen NEX Bersama Palestin, ajak rakyat satukan harapan

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON dan usahawan terkenal, Fattah Amin, sekali lagi membuktikan figura selebriti mampu menjadi suara perubahan apabila tampil bersama jenama air mineral NEX melancarkan kempen solidariti khas, NEX & Fattah Amin Bersama Palestin.

Dilancarkan secara rasmi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, kempen ini bertujuan menyatukan rakyat Malaysia dalam satu gerakan kemanusiaan bukan sekadar melalui kutipan dana, tetapi melalui tindakan harian sekecil membeli sebotol air.

“Ini bukan sekadar tentang sebuah jenama; ini tentang menggunakan platform kami untuk menyatukan rakyat Malaysia demi satu tujuan yang lebih besar.

“Kami berharap setiap hirupan membawa doa, dan setiap pembelian menyampaikan harapan,” kata Fattah.

Kempen yang bakal berlangsung pada 17 Oktober depan itu menyasarkan pembelian 500,000 botol NEX dalam masa 24 jam, dengan setiap pembelian menyumbang RM0.50 kepada tabung bantuan Cinta Gaza Malaysia (CGM). 

Sasaran kutipan keseluruhan ialah RM250,000.

Apa yang lebih menyentuh hati, pemilihan bulan Oktober dibuat bersempena memperingati tragedi 7 Oktober 2023 dengan harapan untuk mengubah tarikh duka itu menjadi hari penuh makna, doa dan harapan buat saudara kita di Palestin.

Mengambil inspirasi daripada rakyat Mesir yang menghantar botol berisi makanan ke Gaza melalui laut, NEX melihat setiap botol mereka sebagai simbol solidariti bukan sekadar hidrasi, tetapi titisan kasih sayang yang membentuk lautan harapan.

Imam Muda Asyraf, yang turut hadir memberi sokongan, berkata, pada hari Jumaat yang mulia nanti, kita bukan sahaja berkumpul untuk beribadah, tetapi juga untuk tujuan bersama. 

“Amalan kecil seperti membeli sebotol air boleh menjadi sedekah jariah pahala berpanjangan yang memberi kelegaan kepada saudara kita di Palestin,” ujarnya.

Untuk menjayakan misi ini, Botol Edisi Terhad NEX boleh didapati melalui TikTok Shop dan di 500 masjid seluruh negara, termasuk dengan kehadiran Fattah Amin dan Imam Muda Asyraf di masjid-masjid terpilih sekitar Lembah Klang pada 17 Oktober nanti.

Kempen ini menyeru rakyat Malaysia untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam satu hari, satu misi kerana setiap botol yang dibeli adalah satu titisan harapan buat rakyat Gaza.

? Tarikh Penting: 17 Oktober 2025
? Lokasi: 500 masjid seluruh negara & TikTok Shop
? Sumbangan: RM0.50/botol disalurkan kepada CGM
? Penampilan: Fattah Amin & Imam Muda Asyraf


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This