DUNIA perhiasan tempatan kembali bersinar apabila jenama terkenal Tomei tampil memperkenalkan kempen perkahwinan terbaharu mereka bertemakan Her Vintage Vow, khas untuk pengantin moden yang mahu tampil bergaya sambil mengekalkan sentuhan tradisi.
Bukan sekadar kempen biasa, Her Vintage Vow memberi penghormatan kepada kekuatan lembut wanita dan keindahan warisan budaya, sambil meraikan kisah cinta setiap pasangan melalui rekaan barang kemas yang eksklusif dan penuh makna.
Menurut Ketua Transformasi Tomei, Ng Yi Jia berkata, koleksi ini bukan sahaja mencerminkan keperibadian wanita, tetapi juga menjadi simbol janji cinta sejati.

“Kami mahu setiap pengantin rasa diraikan dengan cara paling tulen melalui gaya yang benar-benar mencerminkan siapa mereka,” katanya.
Kempen Bridal 2025 ini menampilkan empat koleksi utama yang cukup memukau:
- ? Diamond Collection – Gaya minimalis dan elegan yang kekal relevan sepanjang zaman.
- ✨ Yellow Diamond – Kilauan emas ceria untuk mereka yang suka tampil menyerlah dan mewah.
- ? Pearl Collection – Keanggunan klasik buat pengantin yang gemarkan gaya timeless.
- ? Diamond Cut – Ilham daripada motif warisan Melayu, unik dan penuh seni.

Tak mengejutkan, Diamond Collection menjadi kegemaran ramai kerana rekaannya yang abadi dan terus menjadi pilihan utama pengantin masa kini.

“Keindahan Diamond Collection tidak pernah pudar, itulah rahsia tarikannya,” tambah Ng Yi Jia.
Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Tomei Wedding Fair kini berlangsung di IOI City Mall, Putrajaya dari 3 hingga 16 September 2025.
Bukan hanya pameran perhiasan, pengunjung juga boleh menyertai sesi Style Talk bersama pelakon popular Anna Jobling yang bakal berkongsi tip dan inspirasi gaya perkahwinan.

Lebih menarik, kempen ini turut menampilkan kolaborasi bersama jenama busana tempatan, Tangsi Tujuh, yang memperkenalkan gabungan moden dan tradisional dalam rekaan perkahwinan Nusantara.
Mahu sesuatu yang comel dan eksklusif? Jangan lepaskan peluang menyertai Sanrio Pop-up Experience, di mana pelbagai tawaran istimewa dan hadiah menarik menanti, antaranya Sanrio Blind Box edisi baharu dan 999 Hello Kitty Sports Medal Gold Wafer!
Kempen Her Vintage Vow membuktikan bahawa cinta boleh dizahirkan dalam bentuk paling indah melalui perhiasan yang bukan sahaja melengkapkan penampilan, tetapi juga menyimpan makna tersendiri buat setiap pasangan.


Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

