Matrikulasi wajar dikekalkan demi akses pendidikan adil, inklusif – UiTM

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PROGRAM matrikulasi wajar dikekalkan sebagai salah satu laluan signifikan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) demi menjamin akses pendidikan tinggi yang adil, inklusif dan seimbang untuk semua pelajar.

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dalam kenyataan menegaskan, universiti itu berpendirian bahawa cadangan pemansuhan matrikulasi berpotensi mengehadkan peluang anak muda untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti.

Menurut UiTM, perkara itu juga tidak selari dengan matlamat pembangunan pendidikan negara dalam jangka panjang khususnya dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi untuk pembangunan negara.

“Matrikulasi adalah mekanisme penting yang bukan sahaja membuka jalan ke universiti, malah menjadi instrumen keadilan sosial dalam memastikan tiada pelajar tercicir daripada peluang menjejakkan kaki ke menara gading.

“UiTM percaya Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa komited dalam memastikan setiap anak Malaysia mendapat akses pendidikan yang holistik serta adil, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menambah, sebagai sebuah universiti awam yang sinonim dengan agenda pembangunan Bumiputera, UiTM menegaskan bahawa ekosistem pendidikan tinggi negara adalah tanggungjawab bersama dan tidak wajar dijadikan polemik berpanjangan.

Menurut kenyataan tersebut, pendidikan adalah asas pembinaan negara bangsa dan UiTM menyeru agar program matrikulasi terus diperkasa dan bukan dipertikaikan.

“Matrikulasi terbukti menjadi antara laluan akademik paling berkesan dalam membina modal insan yang lestari, cemerlang dan berdaya saing pada masa hadapan,” jelas UiTM.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This