Isu kostum KKK: UiTM diminta teliti pedagogi

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) meminta Universiti Teknologi Mara (UiTM) meneliti aspek pedagogi (kaedah dan prinsip pengajaran) di institusi itu berikutan isu pelajar berpakaian menyerupai kostum kumpulan pelampau bangsa yang tular baru-baru ini.

Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pedagogi dalam pembelajaran perlu mengambil kira perkara-perkara berkaitan dan mempunyai sensitiviti tertentu.

“Mungkin ada beberapa pandangan yang telah diberikan. UiTM telah pun menjelaskan perkara yang sebenar dan juga langkah-langkah yang mereka akan lakukan,” katanya kepada pemberita selepas Forum Ilmuan Malaysia Madani (FIM) Siri kelima, malam tadi.

Baca artikel lain: UiTM nafi paksa mahasiswa bukan Islam sertai program berkaitan keagamaan

Zambry turut menjelaskan bahawa tiada keperluan untuk beliau sebagai menteri masuk campur dalam semua perkara kontroversi melibatkan mahasiswa dan institut pengajian tinggi.

“Saya rasa ia satu benda yang tidak matang nak minta kita masuk campur semua. Tetapi yang paling mustahak adalah apabila ada isu seperti ini, UiTM mempunyai tanggungjawab untuk jelaskan kepada masyarakat,” katanya.

UiTM menerusi kenyataan pada Rabu menjelaskan pelajar berpakaian kostum mirip ahli kumpulan Ku Klux Klan (KKK) itu adalah sebahagian daripada tugasan akademik oleh pelajar Pusat Asasi UiTM bagi sesi pembentangan kursus Contemporary Global and Legal Issues.

Menurut universiti itu tugasan berkenaan bertujuan menggalakkan pemikiran kritikal dan kesedaran pelajar terhadap isu-isu hak asasi manusia di peringkat antarabangsa dan pensyarah serta pihak fakulti terlibat turut memastikan pembentangan dijalankan secara terkawal, berlandaskan prinsip akademik tanpa menyentuh sensitiviti agama, budaya mahupun perkauman.

Terdahulu, polis mengesahkan telah menerima satu laporan pada Rabu berhubung video tular yang memaparkan sekumpulan penuntut pusat asasi UiTM kampus Dengkil berpakaian menyerupai kostum ahli kumpulan KKK.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This