Legoland Malaysia perkenal ‘Build & Race’ pertama di Asia, umum kerjasama Eksklusif dengan LEGO Ferrari

Dari Penulis

LEGOLAND® Malaysia Resort mengumumkan kerjasama eksklusif dengan LEGO® Ferrari bagi memperkenalkan tarikan “Build & Race” pertama di Asia, yang dijadualkan dibuka pada suku keempat 2025.

Menggabungkan warisan sukan permotoran Ferrari dengan kreativiti permainan LEGO, tarikan baharu ini bakal memberi peluang kepada pengunjung untuk membina, menguji dan berlumba dengan kereta Ferrari LEGO ciptaan mereka sendiri, suatu pengalaman interaktif yang belum pernah ditawarkan di rantau ini.

Naib Presiden LEGOLAND Malaysia Resort, Cs Lim berkata, pengenalan tarikan baharu itu bukan sahaja meletakkan Malaysia dalam peta destinasi hiburan global, malah memperkukuh kedudukan negara sebagai hab pelancongan keluarga utama di Asia Tenggara.

“Kami teruja mengumumkan kerjasama dengan Ferrari serta membawakan tarikan unik ini ke Johor dan Malaysia. Apa yang dipamerkan di Pavilion Bukit Jalil hanyalah sebahagian kecil daripada pengalaman luar biasa yang bakal menanti para pengunjung,” katanya.

Pelancaran rasmi tarikan ini diumumkan di Pavilion Bukit Jalil menerusi sebuah siri jelajah pusat beli-belah yang berlangsung dari 12 hingga 21 September. Para pengunjung berpeluang menyaksikan sendiri keseronokan bertemakan Ferrari yang bakal dibawa ke LEGOLAND Malaysia Resort.

Antara aktiviti menarik yang menanti pengunjung di pameran interaktif tersebut termasuk:

  • Zon Build & Race – peluang membina dan berlumba kereta LEGO rekaan sendiri.
  • Sudut bergambar – podium kemenangan bersama trofi LEGO dengan latar bertemakan Ferrari.
  • Sesi ramah mesra bersama maskot Ollie dalam kostum perlumbaan.
  • Permainan trivia dan hadiah cabutan bertuah bernilai sehingga RM2,000.
  • Pameran set LEGO Ferrari ikonik dan model terperinci.
  • Cabaran Speed Build untuk kanak-kanak dengan hadiah LEGO eksklusif.
  • Promosi tiket istimewa dan pas tahunan LEGOLAND dengan baucar tunai sehingga RM300.

Pengumuman ini turut menyusul selepas pelbagai pengembangan tahun lalu termasuk pembukaan MINILAND Singapura serta LEGO Flower Garden MINILAND pertama di dunia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Evotooth Platinum Sdn Bhd diiktiraf The Asia Records atas tiga inovasi kesihatan mulut pertama di dunia

The Asia Records dengan bangganya mengiktiraf Dr Martin Ong dan Evotooth Platinum Sdn Bhd atas pencapaian tiga mercu tanda...

More Articles Like This