Rakyat Malaysia jimat RM500 Juta, nikmati penghantaran 14 kali lebih pantas di Shopee 9.9

Dari Penulis

Shopee 9.9 Super Shopping Day sekali lagi membuktikan kedudukannya sebagai acara beli-belah dalam talian terbesar negara apabila rakyat Malaysia berjaya menjimatkan lebih RM500 juta sepanjang kempen berkenaan.

Lebih membanggakan, platform e-dagang itu turut merekodkan penghantaran lebih 1.2 juta barangan dalam tempoh 24 jam pertama, iaitu 14 kali ganda lebih pantas berbanding tahun lalu.

Ketua Pemasaran Shopee Malaysia, Tan Ming Kit berkata, pencapaian 9.9 Super Shopping Day membuktikan komitmen syarikat itu dalam memastikan pengalaman beli-belah yang lebih berpatutan, pantas dan menyeronokkan.

“Shopee terus kekal sebagai rakan e-dagang yang dipercayai rakyat Malaysia. Melalui janji Lagi Murah dan Lagi Cepat, kami akan memastikan nilai hebat dan penghantaran pantas untuk semua,” katanya.

Janji “Lagi Murah, Lagi Cepat” yang menjadi teras kempen 9.9 tahun ini nyata memberi impak positif bukan sahaja kepada pembeli, malah penjual tempatan yang mencatat peningkatan pesanan ketara.

Shopee memaklumkan ribuan baucar ditebus merentasi kategori popular termasuk kesihatan dan kecantikan, peralatan rumah, serta barangan harian. Antara produk paling mendapat permintaan tinggi ialah kasut dan aksesori elektronik.

Jenama tempatan Wow Collection Hijabs misalnya mencatat lonjakan pesanan sehingga 190 peratus.

Shopee Live muncul sebagai arena beli-belah utama apabila mencatat peningkatan pesanan sehingga 12 kali ganda berbanding hari biasa. Pada hari kemuncak, ia meraih lebih 300 juta tontonan, peningkatan besar berbanding tahun 2024.

Sepanjang kempen, Shopee Live sahaja menyumbang penjimatan RM67 juta kepada rakyat Malaysia. Jenama tempatan seperti Elgini dan ShahidaDherbs turut mengesahkan jualan mereka meningkat lebih dua kali ganda hasil sokongan platform itu.

Shopee Video pula membantu penjual menjangkau pelanggan baharu melalui kandungan ringkas kreatif. Penjual yang memanfaatkan saluran ini merekodkan peningkatan pesanan sehingga 13 kali ganda, dengan pembeli berjaya menjimatkan RM32 juta.

Platform tersebut mencatat 60 juta tontonan pada hari kemuncak, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai enjin penemuan produk berasaskan kandungan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Permintaan emas meningkat, KESS sasar 30 cawangan baharu tahun ini!

KEDAI Emas Sri Semantan Sdn Bhd (KESS), jenama yang gah dengan jolokan 'Soorga Emas Preloved', terus mengorak langkah agresif...

More Articles Like This