Akur akan kehendak pasaran akan keperluan menggunakan wajah popular sebagai pelaris, jenama Nurrifa, meletakkan sepenuh kepercayaan kepada pelakon lagenda Faizal Hussein bagi penjenamaan dan meningkatkan keyakinan pengguna kepada produk keluarannya.
Pengarah Urusan Nurrifa Sdn. Bhd., Nur Fadhilah Mohamad Puzi berkata, ini merupakan kali pertama pihaknya melantik duta produk dan pemilihan Faizal Hussein seiring dengan manfaat yang ditawarkan pada Jamu Seegak.
“Keputusan mengambil pelakon lagenda, Faizal Hussein kerana figura ini masih segak dan cergas pada usia 58 tahun. Kami menapis beberapa calon dan melihat karakter dan gaya maskulin abang Faizal sangat sesuai dan selari dengan Jamu Seegak. Saya yakin dengan kredibiliti abang Faizal, dia mampu membawa nama Jamu Seegak pergi lebih jauh lagi,” katanya berharap pelantikan ini dapat melonjakkan lagi jualan Jamu Seegak dalam kalangan pengguna.

Tambah ibu kepada empat orang anak ini lagi, dia menggunakan kemahiran dalam ilmu penjagaan kesihatan sebelum ini dengan membuat pelbagai kajian dan pembangunan untuk memperkenalkan Jamu Seegak agar manfaat sama walaupun dalam bentuk jamu moden.
“Nurrifa bermula pada tahun 2021 dan pada mulanya saya hanya fokus kepada masalah dalaman wanita. Namun permintaan untuk lelaki semakin banyak menyebabkan kami mengambil keputusan untuk keluarkan Jamu Seegak Nurrifa.
“Dan selalunya dalam bentuk tradisional, perlu digentel untuk dimakan, cukup renyah dan tidak mesra ‘travel’. Jadi saya mahu lari daripada kebiasaan dan formulakan dalam bentuk pastil. Bukan sahaja sedap, namun sangat memudahkan pengguna. Khasiatnya masih sama seperti jamu tradisional, cuma saya modenkan sedikit,” katanya.
Mengulas lanjut, syarikat sangat mementingkan kualiti kerana setiap produknya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan dihasilkan di kilang bertaraf Good Manufacturing Practice dan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP).

Dalam pada itu, Faizal Hussein turut menyatakan keterujaan apabila dilantik sebagai duta Jamu Seegak sementelah produk jamu ini telah dimodenkan, malah cukup mudah untuk dikonsum.
“Produk ini menarik perhatian saya kerana produk ini merupakan jamu berbentuk pastil. Jika sebelum ini memang agak renyah sebab proses penyediaannya, tapi Jamu Seegak telah diformulasi dengan tiga bahan premium iaitu Halia Bentong, Tongkat Ali dan Moringa, jadi terus makan sahaja.
“Di samping pengambilan Jamu Seegak, saya juga seorang yang sangat menjaga pemakanan. Seumur hidup, saya tidak pernah tambah nasi. Alhamdulillah sehingga hari ini, saya bebas daripada sebarang penyakit. Cuma apabila ditambah dengan pengambilan jamu, dapat rasa badan lebih cergas dan pencernaan juga jadi lebih lawas,” kongsi pelakon berusia 58 tahun ini.

