IPTA diarah beri kelonggaran pendaftaran pelajar terjejas banjir di Sabah, Sarawak

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEMUA institusi pengajian tinggi awam (IPTA) telah diarahkan untuk memberikan kelonggaran dalam urusan pendaftaran kepada pelajar-pelajar terjejas akibat bencana banjir yang melanda Sabah dan Sarawak ketika ini.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memaklumkan, pihak universiti akan membantu dan memberi ruang secukupnya demi memastikan tidak ada pelajar yang tertinggal peluang melanjutkan pengajian.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua pelajar yang terkesan supaya menghubungi pihak universiti masing-masing untuk memaklumkan keadaan sebenar.

“Kepada para pelajar bakal mahasiswa serta ibu bapa yang sedang berdepan dengan dugaan banjir, khususnya yang bakal mendaftar masuk ke universiti awam dalam masa terdekat, janganlah bimbang atau gusar.

“Saya merakamkan rasa simpati dan doa yang tidak putus-putus buat semua rakyat yang terlibat dengan bencana banjir di Sabah dan Sarawak.

Baca artikel lain: PTTI cipta impak, jelajah Skor A+ SPM tarik minat 3,000 pelajar di Kelantan

“Semoga anda semua dikurniakan kekuatan, kesabaran dan ketabahan dalam mendepani ujian ini,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Zambry memberitahu, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Majlis Kesukarelawanan Siswa Universiti Malaysia (MASKUM) dan pasukan kesukarelawanan IPTA akan digerakkan bagi membantu kerja-kerja sukarelawan di kawasan terjejas.

Beliau berkata, ia termasuk sokongan logistik, bantuan komuniti dan pemulihan pasca banjir.

“Sama-sama doakan agar banjir segera surut, keselamatan semua mangsa terjamin dan proses pemulihan dapat berjalan lancar.

“Terima kasih kepada semua pihak yang turun membantu dan memberi sumbangan. Jaga diri dan jaga keselamatan semua. Semoga keadaan kembali pulih segera,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Letupan bom Tak Bai: Dua rakyat Malaysia dipindahkan ke hospital di Kelantan

DUA rakyat Malaysia yang cedera dalam kejadian letupan bom di daerah Tak Bai, wilayah Narathiwat, selatan Thailand, semalam telah...

More Articles Like This