Kuala Lumpur jadi tuan rumah penutup jelajah B.I, peminat dibanjiri emosi

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI rap dan komposer terkenal Korea Selatan, B.I, menamatkan jelajah konsertnya, The Last Parade Tour di Asia Tenggara dengan satu persembahan penuh emosi dan bertenaga di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, semalam.

Konsert yang bermula tepat jam 7 malam dan melabuhkan tirai pada 9.41 malam itu menjadi detik bersejarah buat peminat setianya, ID (Be Identity), apabila Malaysia dipilih sebagai lokasi terakhir dalam siri jelajah, sekali gus mencerminkan penghargaan mendalam B.I terhadap sokongan luar biasa yang diterimanya daripada peminat tempatan sejak awal pembabitannya dalam industri muzik.

Dalam satu bentuk penghormatan yang cukup simbolik, arena bertukar menjadi lautan merah jambu apabila peminat hadir dengan pakaian sedondon, sebagai tanda sokongan terhadap album terbarunya, Wonderland. Ditambah dengan pancaran cahaya laser yang bergerak seiring dengan rentak muzik, suasana konsert berubah menjadi satu pengalaman visual dan audio yang mengasyikkan.

Lebih 20 buah lagu dipersembahkan sepanjang malam itu, termasuk lagu hit seperti Parade, Free Fall, dan To the Moon, yang disambut dengan sorakan gemuruh serta nyanyian bersama peminat. Kelincahan B.I di atas pentas, terutamanya dalam segmen ‘dance break’, menyerlahkan lagi karisma dan daya tarikan beliau sebagai seorang penghibur bertaraf antarabangsa.

Namun begitu, kemuncak persembahan berlaku ketika segmen encore, apabila B.I tampil semula ke pentas sambil membawa wau bulan, simbol budaya tradisional Malaysia yang mengejutkan dan menyentuh hati para peminat. Momen tersebut mencetuskan sorakan penuh emosi, malah ada peminat yang kelihatan sebak dengan tindakan penuh makna itu.

Sebagai hadiah istimewa buat peminat Malaysia, B.I menutup persembahan dengan beberapa lagu yang belum pernah dirilis secara rasmi, termasuk Rainy Day dan Mambo, menjadikan malam tersebut lebih eksklusif dan sukar dilupakan oleh semua yang hadir.

Dengan persembahan penutup yang cemerlang ini, B.I bukan sahaja berjaya menamatkan siri jelajahnya dengan penuh gaya, tetapi juga berjaya mengukuhkan lagi hubungan istimewanya bersama peminat Malaysia, yang sentiasa memberikan sokongan tidak berbelah bahagi sejak awal pembabitan solonya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kembali selepas 5 tahun, Gerak Khas 2.0 tampil lebih sinematik & mendebarkan

SETELAH lima tahun menyepi dan meninggalkan kerinduan mendalam buat peminat setianya, jenama yang pernah mendominasi landskap drama tempatan selama...

More Articles Like This