Jenama fesyen muslimah, Tudungruffle kini melangkah setapak lagi dengan pembukaan butik baharu di KL East Mall.
Dikenali dengan gaya tudung yang ringkas tetapi eksklusif, jenama ini bukan sekadar menjual tudung, tetapi meraikan gaya dan keyakinan wanita berhijab.

Suasana butik yang moden dan elegan membawa pelanggan ke satu pengalaman membeli-belah berbeza, bukan sekadar mencari tudung, tetapi merasai sebuah gaya hidup.

Menurut jurucakap Tudungruffle, butik ini dibuka sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia yang sentiasa menyokong sejak awal penubuhan jenama itu.
“Kami mahu memberikan ruang yang lebih selesa dan premium buat pelanggan. Bukan sahaja untuk mendapatkan koleksi terkini Tudungruffle, malah untuk merasai pengalaman berada dalam dunia fesyen Muslimah moden,” katanya.

Dengan dekorasi ruang yang kemas serta rekaan dalaman butik yang menekankan elemen minimalis, setiap pengunjung diberi peluang untuk mendekati koleksi hijab Tudungruffle dengan lebih dekat.

Kedudukan butik di lokasi strategik, iaitu di G2-10, KL East Mall, Jalan Lingkaran Tengah 2, KL Timur, dijangka bakal menjadi tarikan baharu buat pencinta fesyen Muslimah di ibu kota.

