Pizzaiolo Kuala Lumpur by Tiffin 55 tampil dengan aroma kayu buah, tarik minat pencinta pizza tempatan

Dari Penulis

BERMULA dengan sekeping pizza yang dinikmati bersama keluarga, anak muda bernama Aniq Danial Johari,28, akhirnya berjaya merealisasikan impian membuka restoran sendiri menerusi jenama Pizzaiolo Kuala Lumpur by Tiffin 55 yang kini semakin mendapat perhatian pelanggan di ibu kota.

Aniq berkata, idea untuk membuka kedai itu hadir selepas dia dan ayahnya merasakan pizza boleh dijadikan satu usaha perniagaan baharu, sekali gus mencetuskan langkah awal mereka menghasilkan resipi sendiri.

“Daripada sekadar mencuba di rumah, kami mula serius dan menjalankan penyelidikan serta pembangunan (R&D) resipi selama hampir dua bulan. 

“Sepanjang tempoh itu, kami mengumpul maklum balas pelanggan dan menambah baik rasa pizza agar sesuai dengan cita rasa tempatan,” katanya.

Tidak seperti kebanyakan restoran lain, Pizzaiolo mengetengahkan keistimewaan tersendiri apabila menggunakan kayu pokok buah seperti manggis dalam proses pembakaran pizza.

“Kami percaya kayu pokok buah memberikan rasa serta aroma berbeza berbanding kayu biasa. 

“Ia juga menjadikan pengalaman menikmati pizza lebih istimewa,” jelasnya.

Setakat ini, Pizzaiolo menawarkan lebih 10 jenis pizza dengan pilihan popular termasuk pepperoni dan pesto ayam.

ANTARA menu pizza: Bianca Al Tartufo, Bufalina Beef, Diavola dan Fettina di Pollo

Malah, restoran itu turut memperkenalkan menu premium seperti pizza Wagyu, menggunakan daging import dari Australia.

Harga ditawarkan bermula serendah RM14 hingga RM50, bergantung kepada jenis pizza, sekali gus membolehkan pelanggan menikmati hidangan pada kadar berpatutan.


PIZZA: Garlic Moon, Grilled Chicken Pesto, Margherita dan Napoli 55

PIZZA: Pepperoni alla Fiamma, Regina Wagyu, Regina Wagyu

Selain itu, Pizzaiolo turut menyajikan pencuci mulut hasil kreativiti Chef Iqmal yang mengetengahkan resipi mengikut trend semasa.

Restoran berkapasiti 40 hingga 60 pelanggan itu juga menampilkan konsep rekaan industrial, menjadikannya lokasi sesuai untuk lepak santai bersama keluarga atau rakan.

“Selain makan di kedai, pelanggan juga boleh membuat pesanan melalui platform penghantaran makanan seperti Grab Food dan Shopee Food. Jadi mereka boleh menikmati pizza kami di mana-mana,” tambah Aniq.

Baginya, Pizzaiolo bukan sekadar perniagaan, tetapi lambang semangat sebuah keluarga yang percaya bahawa memasak adalah kemahiran penting untuk semua.

“Sejak kecil, saya dididik bahawa lelaki juga perlu pandai memasak. Jadi apabila peluang ini datang, saya rasa inilah masa untuk buktikan kemampuan saya. 

“Setiap hari, kami belajar sesuatu yang baharu, dan itu yang menjadikan perjalanan ini lebih bermakna,” katanya.

Dengan sokongan pelanggan yang semakin meningkat, Aniq optimis Pizzaiolo yang terletak di Seksyen 5, Wangsa Maju, Kuala Lumpur itu mampu berkembang lebih jauh, malah menjadi jenama tempatan yang membanggakan di persada kulinari.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Status Halal JAKIM Cetus Fenomena, Churros+ Kini Jadi Pilihan Utama Snek Premium

JENAMA snek premium popular, Churros+, berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran tempatan selepas secara rasmi menerima Pensijilan Halal daripada Jabatan...

More Articles Like This