Aaron Aziz tak kejar publisiti, terus aktif hulur bantuan dalam & luar negara

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BAGI pelakon dan pengarah terkenal Datuk Aaron Aziz, kerja kebajikan bukan dilakukan untuk publisiti, tetapi kerana tanggungjawab dan rasa kemanusiaan.

‘Kerja kebajikan bukan untuk ditunjuk, tapi untuk dikongsi’, itulah prinsip yang dipegang teguh oleh pelakon filem KL Gangster dan Ombak Rindu itu setiap kali terlibat dalam misi bantuan.

Di sebalik populariti dan jadual kerjaya seni yang padat, Aaron tetap mencari ruang untuk menyumbang kepada masyarakat bukan hanya di dalam negara, malah hingga ke luar sempadan Malaysia.

Menurut Charitable Association of Cambodian Islamic Graduates (CACIG), Aaron sudah mula bekerjasama dengan pertubuhan itu sejak 2020 dan sumbangannya telah memberi impak besar kepada komuniti Islam di Kemboja.

“Alhamdulillah, CACIG pernah bekerjasama dengan Aaron Aziz sejak 2020. 

“Atas bantuan dan usaha beliau, kami dapat menyalurkan sumbangan daripada penderma Malaysia dan Singapura bagi membantu anak-anak yatim, fakir miskin dan nelayan di Kemboja,” ujar wakil CACIG dalam kenyataan di Facebook rasmi mereka.

Menerusi kerjasama itu, CACIG berjaya melaksanakan pelbagai projek kebajikan termasuk pembinaan rumah wakaf dan madrasah, penyediaan sampan, bekalan makanan, serta sumber air minum kepada golongan nelayan yang memerlukan.

“Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Aaron Aziz, keluarganya, rakan-rakan serta semua penderma dermawan. 

“Hanya Allah jua yang dapat membalas jasa baik mereka semua,” tambah kenyataan itu.

Walaupun dikenali sebagai antara bintang besar dalam industri hiburan tempatan, Aaron tidak menjadikan kerja kebajikan sebagai bahan tontonan umum.

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Aaron turut menggerakkan usaha bantuan ke beberapa negeri termasuk Sabah, Pahang, Perlis, Kedah, Johor dan Selangor, khususnya kepada keluarga miskin dan mangsa banjir tanpa sebarang liputan media.

Sumbangan dan tenaganya turut disalurkan dalam program Malaysia4Palestin anjuran Astro tahun lalu, yang menghimpunkan selebriti bagi menunjukkan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Sebagai bapa kepada tiga cahaya mata, Aaron kini lebih aktif dalam kerja kemanusiaan bersama organisasi dan rakan selebriti yang berkongsi nilai sama.

Sikap rendah diri dan keikhlasannya menjadi inspirasi kepada peminat, menjadikan dia bukan sekadar pelakon berbakat besar, tetapi juga insan yang dekat di hati masyarakat.

“Saya percaya rezeki yang kita dapat akan lebih berkat bila dikongsi. 

“Apa yang penting, niat kena betul. Kalau boleh bantu orang, jangan tunggu kita senang dulu,” kata Aaron.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This