Op Grip: SPRM beku akaun bank libatkan nilai RM70 juta, sita aset RM13 juta

Dari Penulis

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan 16 akaun syarikat dan 25 akaun perbankan milik individu dianggarkan kira-kira RM70 juta.

Ini susulan serbuan ke atas syarikat-syarikat dipercayai terlibat penyeludupan tayar dan pemalsuan dokumen import/eksport pada 29 September lalu.

Menurut sumber, serbuan dijalankan Bahagian Operasi Khas (BOK) SPRM secara bersepadu dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Op Grip.

Katanya, ia dijalankan secara Multi Agency Task Force (MATF) yang turut menyita empat aset tak alih bernilai kira-kira RM13 juta.

“Setakat ini dua buah syarikat telah dikenal pasti terbabit dalam sindiket ini dan antara modus operandi yang digunakan adalah pembelian melalui peniaga tidak sah dan penipuan pelekat.

“Siasatan awal mendapati tayar yang diseludup adalah tayar baharu tetapi ia mempunyai pelbagai isu seperti penipuan pelekat dan juga tampering barcode,” katanya.

Walau bagaimanapun sumber menambah, sehingga kini tiada sebarang tangkapan dilakukan dan siasatan masih dijalankan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman berkata, SPRM juga telah membuka kertas penyiasatan tatakelola berkaitan kes tersebut.

“Bahagian Penyiasatan Tatakelola (BPT) akan melakukan siasatan dokumen berkaitan perolehan tayar-tayar tersebut kerana didapati tidak didaftarkan serta ada unsur penyeludupan atau import tidak sah yang boleh menyebabkan risiko keselamatan pengguna,” katanya,

Terdahulu media melaporkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 4 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001).


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This