Dari keluarga ke gelanggang: Converse SHAI 001 bawa cerita peribadi Shai Gilgeous-Alexander

Dari Penulis

JENAMA sukan ikonik Converse meneruskan legasi kerjasamanya bersama bintang NBA dan Pengarah Kreatif Converse Basketball, Shai Gilgeous-Alexander melalui pelancaran tiga warna baharu untuk koleksi SHAI 001 — Charm Black, Hail Clay dan Masi Blue.

Setiap warna baharu itu bukan sekadar pilihan estetik, tetapi mewakili kisah peribadi Shai dan hubungan rapatnya dengan keluarga. 

Direka dengan sentuhan artistik dan keperibadian Shai sendiri, SHAI 001 menampilkan keseimbangan antara gaya dan prestasi yang mencerminkan dualiti Shai sebagai atlet dan pereka visual.

Charm Black

Charm Black diilhamkan daripada ibu Shai, Charmaine, yang gemar warna hitam. Warna ini menjadi simbol keanggunan dan kekuatan seorang wanita yang menjadi sumber inspirasi utama dalam hidup Shai. 

Ia melambangkan ketenangan, keyakinan dan ketegasan sifat yang turut menyerlah dalam gaya permainan Shai di gelanggang.

Hail Clay

Sementara itu, Hail Clay membawa maksud yang lebih peribadi, diinspirasikan oleh warna mata isterinya, Hailey. 

Warna lembut itu menggambarkan kasih sayang, ketenangan dan sokongan yang menjadi tunjang kepada perjalanan karier Shai. Rona neutralnya mencerminkan kehalusan karakter dan ketepatan gaya permainan Shai di atas gelanggang.

Masi Blue

Akhir sekali, Masi Blue adalah penghormatan buat abangnya, Thomasi, serta bandar kelahiran mereka, Hamilton, Ontario. 

Warna biru sejuk ini mewakili ketenangan dan tumpuan Shai di saat tekanan, seiring dengan semangat persaudaraan yang mengikat mereka berdua.

Ia juga menjadi simbol kekuatan mental Shai yang kekal tenang walau di tengah badai pertandingan.

Reka Bentuk Untuk Ekspresi dan Prestasi

Setiap variasi warna keluarga ini hadir dengan ciri prestasi unggul: corak tapak radial bagi kawalan pelbagai arah, kusyen Zoom Air di bahagian hadapan untuk pulangan tenaga responsif, serta midsole over-lasted bagi kestabilan optimum. 

Direka untuk pergerakan pantas dan lancar seperti gaya permainan Shai sendiri.

Koleksi Converse SHAI 001 Family Colorways mula dijual secara global mulai 2 Oktober 2025 di Converse.my, Foot Locker dan Hoop Station.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

JustMarkets perkukuh kedudukan global, senaraikan saham SpaceX di platform dagang

SEJAJAR dengan perkembangan pesat dan revolusi ekonomi angkasa lepas, firma pembrokeran antarabangsa terkemuka, JustMarkets, melakar sejarah tersendiri apabila mengumumkan...

More Articles Like This