Luckin Coffee Malaysia disahkan Halal, perkukuh jenama dan kualiti

Dari Penulis

Bagi rakyat Malaysia, status Halal bukan sekadar label, tetapi lambang keyakinan dan jaminan kualiti. Selaras dengan prinsip itu, jenama kopi antarabangsa terkemuka, Luckin Coffee Malaysia, kini secara rasmi disahkan Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk dua cawangannya di Sunway Velocity 2 dan AEON Maluri.

Langkah penting ini menandakan komitmen Luckin Coffee dalam memastikan setiap hirupan kopi bukan sahaja enak, malah diyakini dan menepati prinsip Halal yang dihormati di negara ini.

(Dari kiri ke kanan) Encik Hairol Ariffein Sahari, Ketua Pegawai Eksekutif Halal Development Corporation (HDC); Dr. Jeff Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Luckin Coffee Malaysia; Encik Mohd Salman Idrus, Ketua Cawangan Hubungan Awam dan Industri, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM; dan Dato’ Eddie Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hextar Group, menyempurnakan majlis pengumuman pensijilan Halal.

Ketua Pegawai Eksekutif Luckin Coffee Malaysia, Dr. Jeff Lim berkata, pensijilan ini adalah bukti kesungguhan jenama tersebut dalam membina kepercayaan pelanggan.

“Kami amat berbangga mengumumkan bahawa Luckin Coffee kini diperakui Halal. Ia satu komitmen kami untuk memastikan semua pelanggan dapat menikmati kopi kami dengan penuh keyakinan. Ini bukan hanya tentang pensijilan, tetapi tentang menghormati budaya dan nilai masyarakat Malaysia,” katanya.

Sejak membuka tirai kehadirannya di Malaysia pada Januari lalu, Luckin Coffee tampil dengan konsep unik dengan menggabungkan teknologi, kemudahan dan nilai mampu milik dalam satu pengalaman kopi moden.

Bagi Dr. Jeff, pematuhan kepada piawaian Halal adalah sebahagian daripada “jiwa tempatan” jenama tersebut.

“Sebagai jenama yang dikendalikan oleh rakyat Malaysia, kami melihat pensijilan Halal sebagai tanggungjawab dan simbol penghormatan kepada masyarakat tempatan,” jelasnya.

Dalam memastikan pematuhan menyeluruh, Luckin Coffee Malaysia turut menubuhkan pasukan khas Halal dan jaminan kualiti, yang memantau setiap peringkat operasi daripada pemilihan pembekal, bahan mentah, amalan di premis hinggalah kepada cara penyediaan minuman.

Menurut Ahmad Aminurrashid bin Abd Aziz, Pengurus Pematuhan Halal Luckin Coffee Malaysia, usaha ini telah dirancang sejak awal sebelum jenama tersebut menembusi pasaran tempatan.

“Sejak hari pertama, Halal menjadi keutamaan utama kami. Setiap proses disemak teliti bagi memastikan ia memenuhi syarat yang ditetapkan oleh JAKIM,” ujarnya.

Dengan pensijilan Halal ini, Luckin Coffee berhasrat mempercepatkan pengembangannya di seluruh negara. Dalam masa terdekat, lebih banyak cawangan akan turut disahkan Halal bagi memberi akses luas kepada pelanggan pelbagai latar belakang.

Bagi meraikan kejayaan ini, Luckin Coffee menawarkan promosi istimewa RM3.99 untuk semua minuman pada 30 dan 31 Oktober 2025 di semua cawangan sekitar Lembah Klang (kecuali Highlands Hotel, Genting). Promosi ini sebagai tanda terima kasih atas sokongan pelanggan sejak penubuhan jenama tersebut di Malaysia.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Evotooth Platinum Sdn Bhd diiktiraf The Asia Records atas tiga inovasi kesihatan mulut pertama di dunia

The Asia Records dengan bangganya mengiktiraf Dr Martin Ong dan Evotooth Platinum Sdn Bhd atas pencapaian tiga mercu tanda...

More Articles Like This