Raisa sahkan bercerai dengan Hamish Daud, janji terus bersama besarkan anak tunggal dalam kasih sayang

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI terkenal Indonesia, Raisa Andriana, 35, akhirnya mengesahkan dirinya kini bergelar ibu tunggal selepas berpisah dengan suaminya yang juga pelakon, Hamish Daud, 45.

Pengesahan itu dibuat sendiri oleh Raisa menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya sebagai penjelasan rasmi sekali gus menamatkan segala teka-teki mengenai status rumah tangganya yang menjadi perhatian ramai sejak beberapa bulan lalu.

“Setelah melalui banyak pertimbangan dan pemikiran panjang, kami akhirnya memilih untuk menempuh jalan masing-masing.


“Keputusan ini diambil bersama, dan sudah lama kami proses secara peribadi sebelum berita ini dikongsikan kepada semua,” tulis Raisa.

Menurut penyanyi lagu Serba Salah itu lagi, proses perpisahan tersebut dilakukan dengan penuh rasa hormat dan saling memahami agar tidak mengganggu kesejahteraan keluarga terutama anak tunggal perempuan mereka, Zalina.

“Hubungan kami tetap baik meskipun telah berubah. Cinta kami kepada Zalina tidak akan pernah berkurang. 

“Kami berjanji untuk terus hadir bersama sebagai co-parents demi memastikan dia membesar dalam suasana penuh kasih sayang,” jelasnya.

Raisa turut memohon agar semua pihak memberi ruang privasi kepada mereka sekeluarga untuk melalui fasa baharu ini tanpa tekanan daripada khalayak.

“Ini bukan kerana kami menyerah, sebaliknya kami cuba bersikap bijaksana. 

“Kami berharap semua dapat menghormati ruang peribadi kami agar Zalina dapat membesar dengan aman,” katanya lagi.

Pasangan Raisa dan Hamish mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dalam sebuah majlis tertutup yang menjadi tumpuan ramai.


Namun, khabar angin mengenai pergolakan rumah tangga mereka mula tersebar sejak awal tahun ini apabila kedua-duanya jarang tampil bersama di khalayak.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This