Ayu Damit pilih umrah DIY, buka peluang lebih ramai jadi ‘tetamu Allah’ dengan bajet serendah RM3,500

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI dan usahawan, Ayu Damit mengakui pengalaman menunaikan umrah secara ‘Do It Yourself’ (DIY) membuka perspektif baharu buatnya bukan sahaja lebih menjimatkan, malah memberi kebebasan untuk merancang perjalanan dan ibadah mengikut keselesaan sendiri.

Ayu yang ditemani rakan baiknya, Datin Aisyah Ghazali, seorang usahawan pelancongan dan Pengurus Perhubungan Awam di Izz Ikhwan Travel Empire, memilih pendekatan umrah DIY selepas menyedari kosnya jauh lebih rendah berbanding pakej agensi.

“Saya mula tahu tentang umrah DIY apabila Datin Aisyah menjemput saya sertai kumpulan di bawah Izz Ikhwan. 

‘Kosnya hanya sekitar RM3,500 seorang, berbanding pakej agensi pelancongan yang biasanya mencecah RM6,000 ke atas.

“Bagi saya, ini satu peluang yang bagus untuk mereka yang mahu menunaikan umrah tetapi kekangan kewangan jadi halangan.

“Dengan konsep DIY, tiada lagi alasan untuk tidak menjadi ‘tetamu Allah’,” katanya kepada URTV.

Pelantun lagu Hanya Di Mercu itu berkongsi pengalaman tersebut ketika ditemui pada Malam Gala Izz Ikhwan Travel Empire yang berlangsung di Mines Beach Resort, Seri Kembangan, baru-baru ini.

Bakal berangkat menunaikan umrah DIY sekali lagi pada November ini, Ayu berkata pendekatan itu membolehkan dirinya menikmati pengalaman ibadah yang lebih tenang dan fleksibel.

“Apa yang saya suka tentang umrah DIY ialah saya boleh atur jadual sendiri, masa lebih fleksibel, jadi saya boleh lakukan lebih banyak ibadah tanpa terikat dengan itinerarI agensi.

“Selain itu, saya boleh pilih hotel dan restoran ikut bajet sendiri. Sangat berbaloi,” ujarnya.

Sementara itu, Aisyah Ghazali atau Asha, menjelaskan meskipun tanpa bantuan agensi, mereka yang ingin menunaikan umrah secara DIY tetap perlu membuat persediaan rapi supaya perjalanan berjalan lancar.

“Perkara utama ialah pastikan pasport masih sah sekurang-kurangnya enam bulan, lengkapkan vaksinasi meningitis dan COVID-19 (jika perlu), serta dapatkan Sijil Vaksin Antarabangsa (ICV).

“Visa umrah atau pelancong kini boleh dipohon secara digital melalui platform rasmi kerajaan Arab Saudi. 

“Tiket penerbangan juga boleh ditempah terus ke Jeddah (JED) atau Madinah (MED), bergantung kepada bajet masing-masing,” katanya.

Tambah Asha, pemilihan pakaian mengikut cuaca panas serta keperluan asas seperti ubat-ubatan, pelindung matahari dan sandal juga amat penting untuk keselesaan sepanjang berada di Tanah Suci.

Beliau turut memaklumkan Izz Ikhwan Travel Empire membantu memberikan panduan serta maklumat lengkap kepada kumpulan yang memilih konsep umrah DIY bagi memastikan setiap urusan berjalan lancar.

Majlis Malam Gala Izz Ikhwan Travel Empire turut diadakan bagi meraikan 50 ejen pelancongan terbaik sempena ulang tahun ke-11 syarikat itu dalam industri pelancongan.

Acara tersebut diserikan dengan kehadiran Penaung Izz Ikhwan Travel Empire, Datuk Ikhwan Lutfi Zakaria, Datuk Zaifrina Zainuddin, serta Datin Normala Samsudin yang juga Pengarah Kumpulan Mines Beach Resort.

Selain meraikan kejayaan ejen, majlis turut menyelitkan sesi solidariti terhadap rakyat Palestin, sebagai tanda keprihatinan terhadap penderitaan mereka di bawah kekejaman rejim Zionis Israel.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Setahun derita autoimun hingga berat badan ceah 46kg, Andi Bernadee akhirnya buka mulut punca ‘sembunyi’ diri

TEKA-TEKI mengenai imej misteri penyanyi dan pelakon popular, Andi Bernadee yang dilihat 'berselubung' setiap kali berada di ruang awam...

More Articles Like This