Siti Nurhaliza lancar album tradisional Gema Bumantara, lambang cinta abadi warisan Melayu

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

BIDUANITA Negara, Sri Siti Nurhaliza tampil dengan buah tangan terbaharu berjudul Gema Bumantara, sebuah album tradisional yang mempertemukan keindahan irama warisan Melayu dengan sentuhan moden yang segar.

Selepas kejayaan album klasik seperti Cindai, Sahmura, Sanggar Mustika dan Lentera Timur, Siti kembali meneruskan legasi muzik tradisional menerusi projek ini yang dianggapnya sebagai manifestasi cinta dan tanggungjawab terhadap seni budaya bangsa.

Datuk Seri Siti Nurhaliza pada pelancaran album tradisional terbaharunya, Gema Bumantara di Bukit Jalil, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Album tradisional sentiasa mempunyai tempat istimewa di hati saya. 

Gema Bumantara adalah hadiah untuk semua pencinta muzik warisan dan lambang kasih saya terhadap budaya Melayu yang tidak harus dilupakan,” katanya.

Datuk Seri Siti Nurhaliza mengadakan persembahan pada pelancaran album tradisional terbaharunya, Gema Bumantara di Bukit Jalil, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Album berjudul puitis itu membawa maksud simbolik gema suara warisan yang merentasi masa dan generasi, seolah-olah menegaskan muzik tradisional masih mampu berdiri megah dalam dunia moden yang penuh warna dan bunyi baharu.

Menariknya, proses pembikinan album itu mengambil masa hampir setahun, merangkumi fasa pemilihan lagu, penyusunan muzik dan rakaman vokal yang dilakukan secara teliti oleh Siti bersama pasukan produksinya.

Menampilkan 10 buah lagu baharu, Gema Bumantara turut menghimpunkan barisan komposer dan penulis lirik berpengaruh seperti Firdaus Rahmat, Iqie Hugh, Usop Kopratasa, Hafiz Hamidun, Aubrey Suwito, Omar K, Shazriq Azeman, Aiman Sidek, Wan Saleh, Affan Mazlan dan Danish Norr.

Datuk Seri Siti Nurhaliza mengadakan persembahan pada pelancaran album tradisional terbaharunya, Gema Bumantara di Bukit Jalil, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Tidak ketinggalan penyanyi dan penulis lirik terkenal seperti Aisha Retno, RADi, Melly Goeslaw, Amni Musrifah, Irena Taib, Jamilah Abu Bakar, Ahmad Fedtri Yahya, Datuk Habsah Hassan serta Siti sendiri.

Antara lagu yang menghiasi album ini termasuk Kumbang Bunga (duet bersama Lesti), Hati Yang Rindu, Rencong, Pesanan Buat Diri, Kaca dan Permata (duet bersama Umairah), Syurgaloka, Hujung Bumi, Kesuma, Jenjang Cinta dan Cenderamaya.

Lebih membanggakan, Gema Bumantara turut menerima sokongan daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures di bawah Dana Kebolehanpasaran (Domestik) 2.0

Inisiatif ini memberi dorongan besar kepada usaha memperkasa karya seni tempatan dan membuktikan bahawa muzik tradisional masih mempunyai ruang di pasaran arus perdana.

Datuk Seri Siti Nurhaliza mengadakan sidang media pada pelancaran album tradisional terbaharunya, Gema Bumantara di Bukit Jalil, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Menurut pihak produksi, sokongan tersebut bukan sahaja membantu aspek promosi, tetapi juga menjadi simbol keyakinan bahawa muzik berteraskan warisan budaya masih mampu bersaing dalam industri moden yang dinamik.

Album Gema Bumantara diterbitkan oleh SN Legacy Sdn. Bhd, Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd dan Universal Music Sdn. Bhd kini sudah boleh dinikmati di semua platform digital utama.

Datuk Seri Siti Nurhaliza mengadakan persembahan pada pelancaran album tradisional terbaharunya, Gema Bumantara di Bukit Jalil, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Edisi fizikal pula dijangka dilancarkan pada Januari tahun hadapan bersempena dengan penganjuran Konsert Legacy 30 Siti Nurhaliza, sebuah acara istimewa meraikan tiga dekad perjalanan karier seni figura kesayangan negara ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This