Hujung tahun lebih bermakna di DoubleTree KL. Syurga bufet dan siap ada arcade percuma untuk anak-anak

Dari Penulis

Menjelang musim perayaan hujung tahun, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur memperkenalkan The Season to Savor, gabungan hidangan istimewa yang berlangsung dari 1 November 2025 hingga 1 Januari 2026.

Apa yang menjadikan DoubleTree KL ialah pengalaman makan bersama anak-anak yang lebih menyeronokkan, selesa dan penuh kepelbagaian.

Seleksi menu yang pelbagai untuk anak-anak tersedia seperti pasta dan makanan barat, hidangan Melayu dan India, sushi, makanan laut, carving station dan pencuci mulut.

Walaupun ibu bapa mencari hidangan mewah seperti Wagyu, salmon panggang atau BB Crab, anak-anak pula boleh terus memilih makanan kegemaran mereka tanpa perlu tunggu lama. Tiada drama, tiada picky eater stress.

Dan selepas anak-anak selesai menikmati hidangan, ibu bapa boleh terus menjamu selera dengan tenang kerana ada banyak aktiviti disediakan di dalam restoran.

Inilah yang membezakan DoubleTree KL, mereka bukan hanya sediakan bufet, tetapi mencipta pengalaman keluarga.

Sepanjang Holiday High Tea Buffet, anak-anak boleh menikmati Nintendo Switch, Racing Simulator, Mini Arcade, kemunculan badut yang cukup hebat dengan aksi belon (boleh request Dinosaur dan pancing ikan) serta aktiviti air.

Ini bermakna anak seronok bermain, ibu bapa boleh makan dengan tenang.

Selain dekorasi perayaan, pencahayaan hangat, bau makanan segar dan alunan muzik lembut yang membuatkan anak-anak rasa selesa. Makan Kitchen juga menjadi pilihan ibu bapa yang punya anak kecil kerana stroller-friendly, ruang makan yang luas, staf mesra kanak-kanak dan meja keluarga yang privasi.

Keselesaan ini menjadikan pengalaman makan lebih mudah walaupun bersama anak kecil.

Pilihan Bufet dan Menu Istimewa Untuk Keluarga

Makan Kitchen

Holiday High Tea Buffet (1–29 Dis)

RM148 dewasa | RM74 kanak-kanak

Menu: Roasted Lamb, BB Crab, Oxtail Stew & Yule Log.

Holiday Dinner Buffet (1–30 Dis)

RM168–RM189 dewasa | RM84–RM95 kanak-kanak

Festive Dinner Buffet (24–25 Dis)

RM228 dewasa | RM114 kanak-kanak

New Year’s Eve Dinner (31 Dis)

RM238 dewasa | RM119 kanak-kanak

Termasuk akses percuma ke Countdown Party!

Pilihan Lain Untuk Makan Bersama Anak-Anak

Foodstore – Tea Time Ceria

Festive Afternoon Tea: RM98 untuk dua orang

Anak-anak suka manisan seperti Black Forest Log & Cranberry Scones.

Tosca – Pizza & Pasta Dengan Sentuhan Itali

Menu bertema truffle untuk ibu bapa, sementara pizza dan pasta tetap jadi pilihan utama kanak-kanak.

Di DoubleTree KL, makan bukan sekadar makan, namun ia pengalaman yang cukup bermakna di mana keluarga dapat berkumpul tanpa tekanan dan semuanya dalam suasana perayaan yang meriah.

Inilah sebab ramai keluarga kembali ke sini setiap tahun, untuk mencipta memori penuh rasa, tawa dan kebersamaan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This