SETIAP tetamu Allah yang terpilih ke Tanah Suci membawa satu amanah besar. Amanah untuk menyempurnakan rukun Islam kelima dengan sebaik-baiknya.
Seiring dengan itu, persediaan awal dan pemilihan pengelola yang berpengalaman menjadi antara ikhtiar penting sebelum melangkah ke Tanah Haram.
Susulan makluman rasmi Lembaga Tabung Haji bahawa pendaftaran Jemaah Haji Terpilih Panggilan Pertama (P1) dan Jemaah Rayuan akan ditutup pada 22 Disember ini, Irkaz Travel & Tours Sdn Bhd menyeru jemaah agar tidak berlengah dalam membuat keputusan.
Ketua Operasi Haji Irkaz Travel, Tuan Haji Amzari Jaafar, menasihatkan para jemaah supaya menyempurnakan urusan pendaftaran lebih awal agar persiapan ibadah dapat dilakukan dengan tenang dan tersusun.
“Sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen, kami menasihatkan jemaah agar tidak menunggu ke saat akhir.
“Pendaftaran awal memberi ruang kepada jemaah untuk membuat persediaan fizikal, mental dan rohani dengan lebih sempurna,” katanya.
Memahami keperluan jemaah, khususnya mereka yang berusia 50 tahun ke atas, pihakmya tampil menawarkan Pakej Selesa khas untuk Jemaah Haji Terpilih P1 dengan diskaun sehingga RM10,000, menjadikan harga bermula serendah RM44,900.
Pakej ini dirangka dengan pendekatan keselesaan bukan kemewahan, tetapi satu wasilah bagi membantu jemaah memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadah.
Antara kemudahan yang disediakan termasuk penginapan dinaik taraf di Hotel Orient Manabir, Aziziyah, hanya satu malam bermalam di khemah Muassasim yang dilengkapi sofa bed, serta penggunaan Speed Train Mekah ke Madinah bagi mengurangkan keletihan sepanjang perjalanan.
Selain itu, Irkaz, turut ditawarkan ialah EZGO Plus dan Premium Elite bagi musim Haji 1447H/2026M, dengan pakej Premium Elite menempatkan jemaah di Hotel Safwah, Mekah dan Hotel Al Aqeeq, Madinah, lokasi yang memudahkan pergerakan jemaah untuk beribadah.
Menurutnya, semua pakej haji yang ditawarkan merangkumi penggunaan Speed Train, kemudahan tiga kali makan sehari di Mekah, Madinah dan Aziziyah, serta bimbingan dan pengurusan oleh pasukan berpengalaman lebih 20 tahun dalam operasi.
Sebagai usaha mendekatkan perkhidmatan kepada masyarakat, mereka turut melaksanakan inisiatif turun padang dengan menyantuni jemaah di 52 masjid terpilih di seluruh negara.
Melalui pendekatan ini, jemaah P1 dan Rayuan dapat memperoleh penerangan jelas, konsultasi bersemuka serta panduan pendaftaran secara terus sebelum tarikh tutup.
“Tempat adalah terhad dan pendaftaran awal amat digalakkan agar jemaah tidak terlepas peluang memilih pakej yang terbaik,” jelasnya.
Bagi mereka yang telah menerima panggilan Allah ke Tanah Suci, setiap langkah persiapan adalah sebahagian daripada ibadah itu sendiri.
Justeru, jemaah yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau membuat pendaftaran boleh menghubungi 03-2709 0101 atau hadir secara terus ke Menara UOA Bangsar, Kuala Lumpur.

