Kamal Adli tuntu hak jumpa anak, tegaskan Uqasha Senrose masih isterinya yang sah

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PELAKON, Kamal Adli, 39, kekal dengan pendirian untuk mempertahankan rumah tangganya bersama isteri, Uqasha Senrose, 33, meskipun aktres itu nekad meneruskan permohonan cerai yang difailkan sejak 1 Oktober lalu.

Kamal, yang hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi prosiding tuntutan cerai, dilihat tenang tetapi kelihatan sedih ketika ditemui media di luar mahkamah. 

Tumpuan utamanya kini adalah untuk mendapatkan hak bertemu anak perempuan tunggal mereka, Hawra Uqaira, yang kini berusia setahun sembilan bulan.

Tegasnya, kehadirannya ke mahkamah adalah demi Hawra. Dia juga mendakwa kali terakhir bertemu anak perempuannya adalah pada 10 November secara tidak sengaja dan sudah hampir dua bulan tidak dapat bersemuka dengan Uqasha.

“Saya tak fikir pasal saya dah. It is just for my Hawra. Saya ada anak lagi ada Hawra yang perlukan mak dengan ayah dia. 

“Itu yang paling penting. Saya fight lah untuk Hawra sebenarnya. Saya harap sangat pihak isteri saya bagi kelonggaran, memudahkan kerja untuk saya nak jumpa dengan Hawra,” katanya kepada URTV.

Pada masa sama, Kamal menjelaskan jika dirinya sentiasa menyayangi isteri dan keluarga mentuanya, malah menganggap keluarga Uqasha seperti keluarganya sendiri. 

Kamal turut menafikan mempunyai masalah dengan keluarga Uqasha, sebaliknya menegaskan isu ini hanyalah urusan peribadi antara dia dan isteri yang tidak patut dikongsi secara meluas.

Sementara itu, Kamal turut memberi amaran secara terbuka kepada mana-mana pihak agar menghormati status perkahwinannya dengan Uqasha yang masih sah di sisi undang-undang.

“Ingat, Uqasha tu masih lagi isteri orang yang sah, ya. Saya pula masih suami dia yang sah. Wujud lagi ni. 

“So, faham eh maksud saya, dari segi hukum apa semua. Tak kisahlah siapa pun, bukan famili dia, saya tak cakap,” ujarnya, sekali gus memberi bayangan agar pihak luar tidak cuba mengambil kesempatan di atas kemelut yang sedang dihadapi.

Pasangan ini baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan yang keempat pada 4 November lalu, namun diraikan dalam suasana yang berbeza. 

Kamal  mendoakan agar perkahwinan mereka dapat diselamatkan dan berkekalan hingga ke Jannah.

Dalam prosiding terbaharu, Hakim Syarie telah menetapkan tarikh pembentangan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) bagi kedua-dua pihak, dan kedua-duanya diarahkan melantik wakil JKP.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This