Karnival Haji, Umrah TH bermula 28 November, bakal jemaah perlu simpanan RM15,000 untuk surat tawaran

Dari Penulis

Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Bumitra Malaysia akan menganjurkan Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan ke-4 (KHUP 4) bermula 28 hingga 30 November 2025 di Movenpick Hotel & Convention Centre (MHCC), Sepang.

Karnival tiga hari itu dijangka menjadi platform rujukan utama masyarakat untuk mendapatkan maklumat tepat dan terkini berkaitan pakej haji, umrah dan pelancongan yang ditawarkan oleh 34 Pengelola Jemaah Haji (PJH) berlesen di bawah seliaan TH.

Ketua Jabatan Haji TH, Tuan Haji Mohd. Hisham Harun.

Ketua Jabatan Haji TH, Tuan Haji Mohd. Hisham Harun berkata, penganjuran KHUP 4 bukan sekadar pameran, malah turut berfungsi sebagai wadah ilmu, perkongsian pengalaman dan pertemuan komuniti berkaitan haji serta umrah.

“Karnival ini memberi ruang kepada bakal jemaah untuk menilai serta memilih pakej haji mengikut kemampuan dan keselesaan masing-masing,” katanya pada majlis PraPelancaran KHUP 4 baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa TH telah meluluskan lesen tambahan bagi musim haji 1447H kepada tiga agensi pelancongan baharu iaitu Citra Travel & Tours Sdn. Bhd., Glocal Travel & Tours Sdn. Bhd. dan MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd.

Langkah itu menjadikan jumlah keseluruhan PJH berlesen untuk musim haji akan datang mencecah 34 syarikat dengan pelbagai pakej ekonomi di bawah RM55,000 turut ditawarkan oleh PJH berlesen.

Dalam perkembangan berkaitan, TH menegaskan bahawa bakal jemaah haji hanya layak menerima surat tawaran sekiranya mempunyai simpanan minimum RM15,000 dalam akaun.

Mohd. Hisham berkata, sehingga kini lebih 26,000 surat tawaran telah dikeluarkan daripada jumlah kuota keseluruhan 31,600 jemaah Malaysia bagi musim Haji 1447H/2026.

“Surat tawaran dikeluarkan secara berperingkat mengikut kemampuan kewangan, tahap kesihatan dan persediaan institusi bakal jemaah. Mereka yang belum mencapai jumlah itu masih berpeluang menambah simpanan sehingga April 2026,” jelasnya.

Menurut beliau, TH turut membuka ruang proses rayuan bagi memastikan golongan tertentu diberi keutamaan seperti jemaah mahram, pengiring berusia 75 tahun ke atas dan orang kurang upaya (OKU).

Mohd. Hisham turut menyeru semua PJH agar memanfaatkan KHUP 4 sebagai platform memperkenalkan pakej dan memberi penerangan jelas kepada masyarakat.

“Semoga usaha bersama ini memperkukuh ekosistem haji negara dan membantu para Dhuyufurrahman mencapai haji yang mabrur,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

HWC Coffee lancar kempen ConnectKL, sasar perkukuh hubungan komuniti di Lembah Klang

Dalam dunia yang semakin pantas dan dipenuhi pelbagai tuntutan kehidupan, ramai rakyat Malaysia menghabiskan lebih banyak masa di hadapan...

More Articles Like This