Cochlear lancar Implan Pendengaran Pintar, rai 30 tahun di Malaysia dan Asean

Dari Penulis

Peneraju global dalam penyelesaian pendengaran berasaskan implan, Cochlear, meraikan pencapaian tahun ke-30 operasi di Malaysia dan rantau Asean dengan melancarkan Implan koklea pintar Cochlear™ Nucleus® Nexa® System, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama utama dalam inovasi teknologi pendengaran.

Pelancaran sistem implan terbaharu itu menandakan satu lonjakan penting dalam usaha syarikat membantu komuniti yang terjejas pendengaran, menerusi teknologi memori terbina dan perisian dalaman yang boleh dinaik taraf, membolehkan penerima mengakses inovasi pendengaran terkini hanya dengan menaik taraf sistem peranti mereka.

Presiden Asia Pasifik dan Amerika Latin Cochlear, Stuart Sayers, berkata ulang tahun ke-30 ini menjadi detik penting untuk memperbaharui komitmen syarikat dalam menyediakan teknologi pendengaran canggih kepada masyarakat.

“Ulang tahun ini adalah masa yang tepat untuk mengukuhkan janji kami bagi memastikan setiap perjalanan hidup individu yang terjejas pendengaran disokong teknologi pintar serta pasukan berdedikasi di Malaysia dan Asean,” katanya.

Beliau menambah bahawa Malaysia memainkan peranan strategik dalam ekosistem antarabangsa Cochlear.

“Pelancaran Implan koklea Nucleus Nexa System mencerminkan budaya dan matlamat masa depan syarikat serta Malaysia, iaitu komitmen untuk memperbaiki kualiti hidup melalui pemulihan pendengaran,” jelasnya.

Cochlear™ Nucleus® Nexa® System muncul sebagai antara implan pertama yang dilengkapi perisian boleh dinaik taraf serta tetapan pendengaran peribadi yang boleh disimpan dan dipindahkan ke Pemproses Audio Nucleus® Nexa™ baharu.

Keupayaan ini menjadikan pengguna mampu mengikuti perkembangan teknologi masa depan tanpa perlu menjalani prosedur pembedahan tambahan.

Implan tersebut dibangunkan melalui penyelidikan intensif bersama kerjasama rapat komuniti profesional kesihatan pendengaran termasuk pakar audiologi, pakar bedah, ahli terapi pertuturan dan hospital.

Sejak mula beroperasi di Malaysia pada 1995, Cochlear telah membantu ramai rakyat Malaysia serta lebih 10,000 penerima implan di seluruh Asean untuk kembali mendengar, melibatkan pesakit pelbagai peringkat usia, daripada kanak-kanak hingga dewasa.

Pada tahun 2022, Cochlear telah memperluas fasiliti pembuatan antarabangsa mereka di Kuala Lumpur menerusi pelaburan bernilai RM30 juta, sekali gus mewujudkan 270 peluang pekerjaan baharu. Fasiliti berkeluasan 50,000 kaki persegi itu kini menempatkan operasi logistik, rantaian bekalan dan teknologi maklumat bertaraf global.

Malaysia kini menjadi salah satu daripada lapan pangkalan operasi antarabangsa syarikat, menyokong pengeluaran dan pengedaran produk ke lebih 180 negara di seluruh dunia.

Selain itu, fasiliti berkenaan beroperasi sepenuhnya menggunakan tenaga boleh diperbaharui, menyokong aspirasi syarikat untuk mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2030, selari dengan sasaran Malaysia mencapai sifar bersih pada 2050.

Pelancaran Nucleus® Nexa® System sekali lagi menegaskan peranan Malaysia sebagai pusat inovasi penting dalam rangkaian global Cochlear, serta membuka lembaran baharu dalam transformasi teknologi pendengaran untuk tahun mendatang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

WhaleBuy perkukuh kedudukan serantau dengan pembukaan ibu pejabat global di Kuala Lumpur

WhaleBuy Group melakar satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan pengembangannya apabila secara rasmi membuka ibu pejabat global syarikat itu...

More Articles Like This