KERAJAAN sedang melaksanakan kajian perbandingan berasaskan bukti terhadap model pelantikan kehakiman di negara lain seperti United Kingdom (UK), Singapura, Australia dan India.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan, kajian itu dilaksanakan secara inklusif melalui sesi libat urus.
Kata beliau, sesi libat urus itu diadakan bersama badan kehakiman, Majlis Peguam Malaysia, ahli-ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan blok pembangkang, institusi pengajian tinggi, pakar Perlembagaan, organisasi masyarakat sivil serta penglibatan pandangan awam.
“Pendekatan ini bertujuan memastikan proses pelantikan dilaksanakan dengan lebih telus, bebas dan selaras dengan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di laman web Parlimen.
Baca artikel lain: Tiada cadangan pinda Perlembagaan larangan Ahli Parlimen tukar parti
Beliau menjawab pertanyaan Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) sama ada kerajaan bercadang meminda Perlembagaan Persekutuan untuk mereformasikan institusi kehakiman dalam soal pelantikan ketua hakim dan hakim-hakim kanan supaya tidak berulang lagi kekecohan dalam pelantikan Ketua Hakim Negara yang berlaku pada bulan Julai 2025 lalu.
Mengulas lanjut, Azalina menegaskan, Kerajaan MADANI komited memastikan institusi kehakiman kekal bebas, berwibawa dan berintegriti sebagai benteng utama kedaulatan undang-undang.
“Kerajaan MADANI sentiasa menghormati pemisahan kuasa antara badan legislatif, eksekutif dan badan kehakiman.
“Kerajaan komited dalam memastikan bahawa pelantikan jawatan-jawatan penting negara termasuklah jawatan hakim mahkamah atasan dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

