Afgan rangkum kisah hidup dalam Retrospektif – “Saya mahu pendengar rasa ditemani” Pendengar Berasa Ditemani”

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SELEPAS sekian lama peminat menantikan naskhah penuh berbahasa Indonesia, Afgan akhirnya muncul dengan kejutan manis. 

Tujuh tahun menanti, penyanyi itu kembali menggegarkan dunia muzik dengan album terbaharu berjudul Retrospektif, karya paling peribadi yang pernah dihasilkannya setakat ini.

Lebih daripada sekadar album ketujuh dalam kariernya, Retrospektif menjadi simbol perjalanan pulang seorang Afgan kembali ke akar muzik pop Indonesia yang membesarkan namanya sambil menyingkap sisi diri yang tidak pernah dibuka selebar ini.

Menurut Afgan, projek itu tercetus daripada dorongan untuk berhenti sejenak, melihat ke belakang dan memahami semula langkah yang membentuk dirinya sebagai seniman dan manusia.

“Album ini bukan sekadar menoleh ke masa lalu, tetapi cara untuk saya memahami perjalanan hidup dan muzik saya. 

“Selepas bertahun bereksperimen, saya ingin kembali ke akar dengan hati yang lebih matang, jujur dan rela berbagi cerita,” katanya.

Memuatkan 10 buah lagu, album itu mengekalkan sentuhan pop dan R&B yang menjadi identiti Afgan, namun kali ini disampaikan dalam produksi yang lebih organik, earthy dan akustik. 

Menariknya, kesemua penerbit yang terlibat merupakan pemain gitar, memberikan tekstur bunyi yang lebih hangat dan maskulin jauh daripada imej balada Afgan sebelum ini.

Antara komposer dan penerbit yang terlibat termasuk Petra Sihombing, Muhammad Kamga, Iqbal Siregar, Bilal Indrajaya, Rendy Pandugo dan Gerald Situmorang, dengan Petra menerajui majoriti produksi.

Petra turut menyaksikan sendiri transformasi Afgan sepanjang proses kreatif album ini.

“Melihat dia melalui pencarian itu adalah sesuatu yang sangat indah. 

“Album ini terasa peribadi kerana kami tidak tunggu inspirasi datang tapi kami mencarinya bersama,” ujarnya.

Single pertama Kacamata yang dilancar lebih awal dan kini mencatat lebih 4 juta penstriman dalam tempoh kurang sebulan, menjadi pintu masuk ke dunia Retrospektif. 

Lagu yang menyentuh soal melepaskan dengan tenang itu mencerminkan tema besar album, jujur, dekat dan penuh penerimaan.

Album ini ibarat jurnal emosi Afgan. Setiap trek membawa kisah, setiap melodi membawa lapis makna.

Misteri Dunia, membuka album dengan simbol luka yang membawa cahaya.

Sebentar, tentang melepaskan sesuatu yang tidak lagi dapat digenggam.

Silakan, tenang dan redha, memilih damai walau perlu berundur.

Peluk, sisi paling intim, menyingkap kesunyian di sebalik sorakan ramai.

Sampai Jumpa, perpisahan yang tidak pahit, tetapi penuh harapan.

Tak Ada Rencana, cinta yang muncul tanpa diduga, ringan dan manis.

Kepastian, keyakinan menanti yang terbaik, dengan nada optimis.

The One That Got Away, melankolik lembut, tentang penyesalan yang datang lewat.

Keseluruhannya, Retrospektif ialah potret kematangan Afgan bukan nostalgia, tetapi refleksi tentang kehilangan, penerimaan dan keberanian mendengar semula suara hati.

“Saya mahu orang yang mendengar album ini berasa ditemani. 

“Bagi saya, Retrospektif ialah perjalanan pulang ke tempat di mana saya pertama kali menemukan makna muzik dan kejujuran diri,” katanya.

Retrospektif boleh didengarkan di semua platform penstriman digital mulai 19 November 2025, membawa peminat menyelami sisi terdalam seorang Afgan, lebih matang, lebih tenang, dan paling jujur sepanjang kerjayanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Amad pindah ke Kuantan… Saerah sedih, tak tidur malam

Hati ibu mana tidak sedih apabila terpaksa berpisah dengan anak. Ibu serta pengurus penyanyi remaja, Amad Dayyan iaitu Saerah Taruddin...

More Articles Like This