Bella Astillah, Syed Saddiq & PTTI satukan misi bantu pelajar SPM 2026 lebih yakin matematik

Dari Penulis

LANGKAH cukup segar dan lain daripada yang lain! Ahli Parlimen Muar yang juga figura muda popular, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, bersama selebriti jelita Bella Astillah tampil dengan kerjasama istimewa bersama PTTI untuk melancarkan Free Trial ClassMatematik selama sebulan khusus buat pelajar Tingkatan 4 Batch 09 (SPM 2026).

Dengan membawa semangat Generasi Pandai Matematik, inisiatif itu bukan sekadar menawarkan kelas percuma, tetapi turut menjadi usaha besar bagi memastikan lebih ramai remaja mendapat akses pembelajaran berkualiti tanpa sebarang bayaran!

Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau Cikgu Fana, menegaskan program ini membuktikan komitmen PTTI dalam menyediakan pendidikan inklusif untuk semua lapisan masyarakat.

“Kami percaya setiap pelajar berhak dapat peluang pembelajaran yang adil.

“Melalui OTC Matematik ini, kami sasarkan 20,000 pelajar Batch 09 untuk bermula lebih awal, bina asas kukuh dan masuk SPM dengan lebih yakin.

“PTTI komited menjadi rakan pembelajaran utama generasi muda,” katanya.

Sentuhan Syed Saddiq dalam projek ini menambah aura anak muda dan semangat memperkasakan pendidikan negara. 

Beliau menekankan pendidikan berkualiti tidak sepatutnya menjadi beban kepada keluarga.

“Kita tak mahu anak muda tercicir hanya sebab kekangan kos.

“Pendidikan berkualiti mesti boleh diakses semua, bukan hanya yang mampu.

“Dengan sokongan awal dan tenaga pengajar yang dedikasi, saya percaya pelajar kita boleh jadi generasi lebih yakin, mahir dan berdaya saing,” jelasnya.

Pelancaran program ini berlangsung penuh warna-warni melalui Roadtour Mula Awal Straight A SPM 2026 PTTI di IDCC Shah Alam. 

Hampir 1,000 calon SPM dari seluruh negara hadir untuk menyertai sesi motivasi serta pengenalan program.

Lebih menarik, majlis turut diserikan kehadiran Iman Troye, duta rasmi PTTI, yang tampil memberikan kata-kata semangat buat para pelajar. 

Suasana memang meriah, penuh aura positif dan motivasi!

Inisiatif ini hanya dibuka kepada 20,000 pelajar Batch 09 dari seluruh Malaysia.

Mereka yang berminat boleh mendaftar di www.ptti.my.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

“Saya tak kejar populariti, cukuplah lagu saya menggamit memori…,” – Jamal Abdillah bicara soal gelaran Biduan Negara

MENGHAMPIRI lima dekad mendaki puncak populariti dalam industri muzik tanah air, nama Raja Pop negara, Datuk Jamal Abdillah, tidak...

More Articles Like This