Polis tahan lelaki bersilat di kubur, positif dadah

Dari Penulis

POLIS menahan lelaki yang tular di media sosial kerana melakukan pergerakan silat sambil memakai topi keledar di tanah perkuburan Islam Kampung Melayu, Kluang, Johor, semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan di tepi Jalan Medeka, Sri Lalang pada 1 petang.

Menurut beliau, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine dan direman selama tiga hari sehingga 27 November ini.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai empat rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah,” katanya dalam kenyataan.

Bahrin memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu tular di media sosial aksi suspek melakukan pergerakan silat di tanah perkuburan berkenaan dan dirakam pengguna jalan raya pada 21 November lalu.

Sebelum ini, Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid meminta Pejabat Kadi Daerah Kluang menyiasat seorang lelaki yang dilihat melakukan aksi tersebut.

Siasatan dijalankan memastikan tiada unsur yang bercanggah dengan adab di tanah perkuburan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This