Wanita maut, tujuh lagi parah van kilang terbabas di Mount Erskine

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SEORANG wanita yang juga pekerja kilang maut manakala tujuh lagi cedera parah selepas van kilang yang dinaiki mereka terbabas di Jalan Mount Erskine, George Town, pagi tadi.

Kemalangan tersebut turut menyebabkan enam lagi mangsa wanita yang berusia lingkungan 21 hingga 52 tahun parah.

Pada masa sama, pemandu van kilang itu iaitu seorang lelaki turut mengalami cedera parah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 pagi tadi, van kilang tersebut dipercayai telah hilang kawalan sebelum terbabas.

Insiden tersebut menyebabkan empat daripada lapan mangsa tersepit dalam kenderaan tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis memaklumkan, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.59 pagi sebelum sepasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bagan Jermal dan BBP Lebuh Pantai digerakkan ke lokasi.

Baca artikel lain: Seorang maut, 18 diselamatkan TLDM insiden bot karam di Pulau Perak

“Sebaik tiba, pasukan mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah van kilang dengan lapan mangsa terlibat.

“Empat mangsa didapati tersepit dan kerja menyelamat dijalankan menggunakan peralatan khas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

John Sagun memberitahu, kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan pada pukul 7.17 pagi dan diserahkan kepada pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) dan polis untuk tindakan lanjut.

“Identiti wanita yang maut belum dikenal pasti.

“Operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada pukul 7.50 pagi,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This