Milo ‘Energy For Good’ capai setahun pelaksanaan, program kitar semula lahirkan peralatan sukan dan perabot sekolah

Dari Penulis

Nestlé MILO meraikan kejayaan tahun pertama pelaksanaan program Energy For Good, sebuah inisiatif berimpak tinggi yang menyatukan elemen gaya hidup sihat, pembudayaan sukan serta amalan kelestarian di sekolah-sekolah seluruh negara.

Majlis penghargaan diadakan bagi mengiktiraf sekolah yang menunjukkan penyertaan cemerlang, sekali gus menandakan pencapaian penting sepanjang tempoh setahun program berlangsung.

Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, kejayaan program ini menjadi simbol bagaimana kerjasama pelbagai pihak mampu melahirkan perubahan bermakna.

“Ketika MILO menyambut 75 tahun di Malaysia, Energy For Good menjadi contoh bagaimana kita dapat memupuk generasi muda aktif sambil memartabatkan kelestarian.

“Peningkatan kutipan UBC sehingga lima kali ganda membuktikan tindakan kolektif boleh membawa impak besar. Visi kami jelas iaitu mahu meluaskan inisiatif ini ke seluruh negara agar lebih ramai pelajar menjadikan kelestarian sebagai sebahagian rutin, sama seperti mereka bersukan,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, MILO turut mengiktiraf lapan sekolah terbaik atas pencapaian cemerlang dalam program tersebut, antaranya SK Panggong (Kelantan), SJKC La Salle (WP Kuala Lumpur), SJKC Beng Teik (Pulau Pinang), SK Sri Kelana (Selangor), SK Cheneh Baru (Terengganu), SK Taman Selasih (Kedah) dan SK Temerloh Jaya (Pahang). SK Putrajaya Presint 18(1) diumumkan penerima trofi utama selepas mencatat kutipan UBC tertinggi di seluruh negara.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Operasi Sekolah), Zainal bin Abas, berkata penyertaan para pelajar dalam program ini membuktikan pendidikan berasaskan kelestarian mampu membina jati diri dan peluang baharu.

“Kejayaan pelajar seperti Puteri Marsya Darwisya binti Mazadi dari SK Durian Burung yang meraih pingat emas pertama bersama Majlis Sukan Sekolah Terengganu menunjukkan bagaimana akses kepada peralatan sukan MILO memberi kesan nyata.

“Pada masa yang sama, sekolah seperti SJKC La Salle dan SK Putrajaya Presint 18(1) muncul antara pengumpul UBC terbanyak. Program ini bukan sekadar mengenai kitar semula, tetapi membentuk pelajar agar aktif dan menyumbang kepada masyarakat serta alam sekitar,” katanya.

Dilancarkan pada April 2025, program tersebut merupakan komitmen jangka panjang Nestlé Malaysia dalam memperkukuh agenda kelestarian melalui kerjasama strategik bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Tetra Pak Malaysia.

Sepanjang pelaksanaannya, lebih 250,000 murid daripada lebih 200 sekolah telah menyertai sistem kitar semula berasaskan mata, yang membolehkan sekolah menebus peralatan sukan dan perabot bilik darjah yang dihasilkan menggunakan Used Beverage Cartons (UBC).

Sebanyak 4.2 tan UBC, bersamaan 300,000 pek minuman, berjaya dikumpul dalam tempoh setahun. Buat julung kalinya, MILO bekerjasama dengan AFN Sports Equipment untuk menukarkan sisa tersebut menjadi peralatan sukan mesra alam.

Sejak 2012, MILO dan Tetra Pak Malaysia telah menggerakkan inisiatif kitar semula UBC melalui Project CAREton, yang sehingga kini berjaya mengumpul 6,554 tan atau 500 juta pek minuman, sebahagiannya ditukar menjadi jubin bumbung dan perabot untuk komuniti memerlukan.

Program Energy For Good mengukuhkan legasi tersebut dengan memupuk pembelajaran lestari, menggalakkan pembangunan sukan dan membina masa depan lebih hijau untuk generasi akan datang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Patutlah Sentiasa Berseri! Rahsia ‘DNA Ikan Salmon’ Scha Alyahya Akhirnya Terbongkar

SIAPA sahaja yang tidak terpesona melihat kejelitaan rupa paras dan sosok tubuh pelakon serta ikon fesyen tersohor, Scha Alyahya?  Walaupun...

More Articles Like This