“Anggap pertanyaan sebagai doa” — Amira Othman tenang hadapi khabar angin sedang hamil

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI Amira Othman memilih untuk bertenang setiap kali berdepan pertanyaan serta khabar angin yang mendakwa dirinya kini berbadan dua. 

Bagi Amira, 30, semua itu hanyalah satu bentuk doa dan perkara biasa bagi pasangan yang baru melangkah ke alam perkahwinan.

Menurut Amira, soalan sebegitu memang sudah menjadi lumrah, sebelum berkahwin ditanya soal jodoh, selepas berkahwin pula ditanya mengenai zuriat.

“Adatlah bila sudah berkahwin, soalan seterusnya pasti tentang kehamilan.

“Untuk saya, sama ada nak menafikan atau mengaku, kami akan kongsi perkara baik bila tiba masa sesuai.

“Apa pun, saya anggap semua pertanyaan itu sebagai doa,” katanya kepada URTV.

Amira berkata demikian ketika ditemui pada program Amber Allstar Picklebash di Kings Court @ TTDI, semalam.

Menjelaskan lanjut, Amira berkata dia dan suaminya, pelakon Fattah Amin, tidak pernah menolak rezeki jika Allah SWT mengurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.

“Kami tidak menolak zuriat. Apa sahaja rezeki yang baik, kami terima.

“Jika Allah sudah aturkan waktu dan bilangan yang terbaik, itulah yang kami akur dan syukuri,” jelasnya.

Dalam masa sama, Amira tidak menafikan soalan tentang kehamilan boleh menjadi isu sensitif, lebih-lebih lagi bagi pasangan yang baharu berkahwin.

“Saya akui soalan ini sensitif untuk sesetengah orang.

“Jujurnya, saya sendiri pun takut nak tanya orang lain sebab bimbang menyentuh perkara peribadi,” katanya.

Sementara itu, Fattah yang setia berada di sisinya turut berkongsi pandangan sama. 

Baginya, soal zuriat adalah rezeki, cepat atau lambat bukan sesuatu yang perlu dirisaukan.

“Semua pasangan mahu anak. Bila tiba masanya dan rezeki itu hadir, sudah tentu ia perkara baik dan kami akan kongsikan kepada peminat,” uajrnya.

Fattah turut menegaskan mereka tidak berkecil hati meskipun sering diajukan pertanyaan mengenai cahaya mata.

“Kami anggap apa sahaja kata-kata atau harapan sebagai doa.

“Tak adalah kami nak terasa hati dengan soalan-soalan begitu (cahaya mata). Bila orang berharap yang baik-baik, kami aminkan saja.

“Bila tiba masa yang sesuai, kami akan maklumkan,” ulasnya.

Untuk rekod, Fattah menamatkan zaman dudanya dengan Amira pada 14 September lalu dalam satu majlis pernikahan di sebuah resort di Sepang.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Fajar Noor buka lembaran baharu, Sementara, Selamanya jadi manifestasi kematangan emosi

SETELAH sekian lama dinanti, penyanyi yang sinonim dengan naskhah muzik yang menyentuh jiwa, Fajar Noor akhirnya kembali mengubat rindu...

More Articles Like This