Senafas jadi taruhan baharu Allan Andersn, sentuhan Raja OST tarik perhatian

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PENYANYI yang sedang meningkat naik, Allan Andersn, tampil dengan kelainan menerusi single terbaharunya berjudul Senafas. 

Kali ini, Allan yang sebelum ini selesa dengan karya ciptaan sendiri memilih untuk mencabar diri dengan menyanyikan lagu hasil sentuhan Farouk Roman, komposer terkenal yang cukup sinonim dengan gelaran Raja runut bunyi (OST) Malaysia.

Lebih menarik, Senafas juga menjadi kolaborasi silang budaya antara Malaysia dan Indonesia, gabungan kepakaran komposer berbakat tempatan dengan suara penyanyi serantau yang sedang mendapat tempat di hati peminat.

Bagi Allan, pengalaman bekerja dengan Farouk benar-benar membuka ruang baharu dalam kerjayanya.

“Sebagai singer-songwriter, ini kali pertama saya menyanyikan lagu komposer dan penulis lirik dari Malaysia. 

“Ia sangat istimewa dan saya anggap sebagai permulaan baharu dalam dunia muzik saya,” katanya kepada URTV.

Lagu ciptaan Farouk bersama lirik oleh Senna ini diterbitkan oleh SAAS Music Entertainment. 

Allan turut berkongsi proses rakaman memberi peluang untuknya belajar teknik pembinaan melodi yang lebih mendalam.

“Farouk bukan saja hasilkan melodi yang indah, tapi setiap not rasa ‘hidup’. 

“Banyak benda saya pelajari, dan semuanya menyeronokkan,” jelasnya.

Senafas membawa kisah cinta yang penuh pengorbanan, tentang seseorang yang sanggup terluka berkali-kali kerana terlalu sayang.

“Bagi saya, ini bukan sekadar lagu. Ia kisah yang ramai boleh kaitkan, tentang cinta dan ketabahan,” ujar Allan yang menganggap lagu ini dekat dengan emosinya sendiri.

Walaupun tidak menulis lagu, Allan tetap diberi ruang kreatif apabila diberi tanggungjawab mengarah muzik video yang turut menampilkan Rendy Wicaksana sebagai pelakon utama.

Membuatkan Senafas lebih istimewa, karya itu dipilih sebagai OST rasmi untuk drama terbaru Setiaku Berdiri yang bakal ditayangkan di Astro Prima. 

Drama terbitan Radius One Sdn Bhd dan arahan Rashid Sibir itu dibintangi barisan pelakon popular antaranya Wanna Ali, Nazrief Nazri, Sweet Qismina, Aidit Noh dan ramai lagi.

“Saya teruja kerana peluang untuk karya nyanyian saya ditampilkan dalam naskhah Setiaku Berdiri.

“Pastinya saya menanti reaksi peminat tapi saya yakin lagu ini bakal tinggalkan kesan dalam hati pendengar,” katanya.

Lagu ini dijangka menguatkan perjalanan emosi dalam drama tersebut, terutama di babak-babak penting yang memerlukan sentuhan muzik yang mendalam.

Senafas boleh distrim di semua platform digital bermula harini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This