PENYANYI dan penulis lagu Indonesia, Allan Andersn, kembali mewarnai industri muzik Asia Tenggara dengan pelancaran single terbaharunya berjudul Mau But Malu.
Dilancarkan secara rasmi di semua platform penstriman digital hari ini, naskhah berkenaan memperlihatkan sisi matang Allan dalam menterjemah perasaan “suka dalam diam” ke dalam irama pop yang lebih bertenaga.
Berbeza dengan lagu-lagu sebelumnya yang lebih emosional, Mau But Malu (diambil dari frasa mahu tapi malu) tampil dengan sentuhan modern city pop yang segar dan groovy.Â

Lagu ciptaan Allan sendiri ini menceritakan realiti seseorang yang sering menjadi pendengar setia dan sistem sokongan buat kawan yang patah hati, namun sebenarnya terperangkap dengan perasaan cinta sendiri.
“Saya mahu lagu ini bunyi fun dan groovy sebab situasi sebegini selalu terjadi dalam hidup kita.Â
“Kadang-kadang kita gelak sendiri, kadang-kadang kita cringe sendiri.Â
“Tapi itulah yang buat cerita ini dekat di hati,” katanya yang berasal dari Tahuna, Indonesia.
Allan yang sebelum ini popular menerusi lagu Rindu dan album debut Dear AA (2025), nampaknya semakin serius mengukuhkan tapak di Malaysia. Sebagai sebahagian daripada promosi, Allan membawakan showcase di Kuala Lumpur pada 6 Februari lalu serta di Johor Bahru pada Sabtu ini.
Siri jelajah ini dirakam khas untuk diterbitkan sebagai kandungan digital bagi mendekatkan lagi Allan dengan peminat tempatan.
Melihat kepada rekod cemerlang Allan yang pernah tersenarai dalam Top 10 Newcomers Billboard Indonesia, kempen Mau But Malu turut digerakkan secara agresif di media sosial.Â
Konsep storytelling bertemakan confession kini mula tular di TikTok dan Instagram, mengajak pengguna berkongsi kisah “hint” atau luahan hati mereka menggunakan audio lagu tersebut.

Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

