Allan Andersn tempelak keyboard warrior, single Seakan Ku Tak Ada kisah hubungan dingin

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

Penyanyi kelahiran Indonesia, Allan Andersn mendedahkan pernah menjadi mangsa buli ketika menyertai program Big Stage Alpha.

Lebih menyedihkan, antara kecaman yang diterimanya ialah sindiran bersifat diskriminasi dan perkauman.

“Saya dapat mesej peribadi (DM) yang mengatakan, ‘Kamu orang Indonesia, buat apa menyanyi di sini? Patut jadi maid (orang gaji)’.

“Saya pernah dituduh membuli peserta lain ketika bertanding. Setelah saya siasat, individu itu mengaku buat tuduhan itu hanya kerana mahukan publisiti,” katanya kepada URTV.

Menurut Allan atau nama lengkapnya Joan Allan Anderson, 34, dia pernah menghubungi individu terbabit secara peribadi untuk mendapatkan penjelasan, namun semua mesej yang dihantar telah dipadam.

“Saya sempat screenshot mesej tersebut, tapi saya tak tunjuk kepada sesiapa. Malas nak panjangkan cerita,” katanya tenang.

Menurut penyanyi lagu Rindu itu, tekanan mental yang dialaminya sepanjang pertandingan hampir menyebabkan dia ingin menarik diri.

“Dua tiga minggu berada dalam pertandingan itu, saya rasa nak tamatkan segera. 

“Di atas pentas saya senyum, tapi dalam hati dah tak mahu teruskan,” luahnya.

Allan menegaskan bahawa hanya dirinya tahu tekanan sebenar yang dihadapi di belakang tabir, dan kerana itu, dia amat menentang budaya buli dalam apa jua bentuk.

“Berhentilah komen buruk semata-mata untuk kepuasan diri. 

“Mungkin saya dah maafkan dia (pembuli), tapi saya takkan lupakan perbuatannya,” tegasnya.

Mengulas mengenai kes tragis yang menimpa Allahyarham Zara Qairina, 13, yang meninggal dunia dipercayai akibat dibuli, Allan mengajak orang ramai untuk berhenti bersikap hipokrit.

“Buli bukan sekadar fizikal. Ada yang difitnah dengan komen jahat di media sosial. 

“Jangan bicara tentang #JusticeForZara selagi kalian masih jadi keyboard warrior,” katanya dengan nada tegas.

Malah, dia turut mengkritik sikap segelintir pengguna media sosial yang mudah menjatuhkan hukuman ke atas orang lain hanya berdasarkan rupa paras, bentuk badan, atau pilihan gaya hidup.

“Badan naik sikit, dikomen. Hijab senget sikit, dikomen. Orang kulit gelap, dikomen. 

“Bila buli berlaku, semua berpura-pura simpati.

“Saya harap agar kes Zara dapat keadilan yang sewajarnya,” ujarnya.

Dalam perkembangan terbaharu, Allan kini tampil dengan single emosional berjudul Seakan Ku Tak Ada, yang turut dimuatkan dalam album studionya berjudul dear aa.

“Lagu ini diinspirasikan daripada kisah seorang teman. Dia selalu berkongsi cerita tentang hubungan yang dingin, seolah-olah pasangannya tidak menghargai keberadaan dia. 

“Dari situ, saya bayangkan perasaan mencintai tapi rasa seperti tidak pernah wujud,” kongsinya.

Meskipun bukan pengalaman peribadi secara langsung, emosi yang dizahirkan dalam lagu tersebut sangat dekat di hatinya.

Album dear aa dan single Seakan Ku Tak Ada kini boleh didapati di semua platform penstriman digital termasuk Spotify, Apple Music dan iTunes.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Demi masa depan, Kim K ketepikan ego, sanggup beratur panjang uji bakat Suria Records

SEMANGAT kental peserta program realiti Talk To My Manager musim kedua, Kim K dalam mengejar impian sebagai anak seni...

More Articles Like This