Game On Theme Park lengkapkan wajah baharu The Mines, ada 30 tarikan untuk diteroka

Dari Penulis

The Mines Shopping Mall terus mengorak langkah sebagai antara destinasi gaya hidup utama di Lembah Klang dengan pembukaan taman tema tertutup, Game On Theme Park yang menyasarkan golongan keluarga dan anak-anak kecil.

Pengurus Pusat CapitaLand, Darren Hee berkata transformasi ini mencerminkan komitmen The Mines dalam menawarkan pengalaman gaya hidup bertaraf dunia yang mesra keluarga, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai hab membeli-belah, hiburan dan rekreasi yang relevan dengan keperluan pengguna masa kini.

“Pengenalan Game On Theme Park dan konsep baharu lain mencerminkan visi kami untuk menjadikan The Mines sebuah destinasi gaya hidup yang lebih hidup, pelbagai dan menarik untuk pengunjung tempatan mahupun pelancong.

“Game On Theme Park bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, malah ia direka bagi memberikan pengalaman menyeronokkan buat seisi keluarga dengan binaan tiga tingkat, merangkumi keluasan lebih 70,000 kaki persegi dan 12 bahagian serta 30 tarikan untuk diteroka. Malah Ninja Obstacle di Game On Theme Park The Mines setinggi 16 meter di mana pengunjung berpeluang mendaki sehingga tiga tingkat dengan pelbagai halangan yang cukup mencabar.

“Daripada aktiviti lasak hingga pengalaman kreatif dan sosial, taman tema ini menjanjikan keseronokan tanpa henti. Antara tarikan utama termasuk zon permainan air, kawasan aktiviti kreatif untuk kanak-kanak, bilik karaoke persendirian, arena arked dan permainan interaktif, serta ruang khas untuk aktiviti berkumpulan, pembinaan pasukan dan sambutan hari jadi,” kongsinya.

Tambah Darren lagi, naik taraf yang dirancang bakal merangkumi penambahbaikan kemudahan, susun atur ruang serta penawaran baharu bagi mewujudkan suasana lebih moden, selesa dan bertenaga. Langkah ini bertujuan memastikan The Mines kekal sebagai destinasi pilihan untuk aktiviti seisi keluarga, makan-makan santai dan hiburan harian.

Selain taman tema, The Mines turut memperkenalkan pelbagai konsep runcit dan rekreasi baharu yang memenuhi cita rasa pelbagai lapisan masyarakat. Antaranya ialah Kin+Zo Land, tarikan berkonsep ladang seluas 25,000 kaki persegi yang menawarkan zon permainan interaktif kanak-kanak serta trek go-kart.

Bagi peminat hobi dan kecergasan, Q Pocket tampil dengan koleksi barangan koleksi bergaya, manakala Oxygym Fitness menawarkan pengalaman gimnasium premium pada harga berpatutan.

Pencinta makanan pula boleh menikmati pilihan baharu seperti Chagee, Auntea Jenny dan Wallace, selain jenama kegemaran ramai seperti Nando’s, The Chicken Rice Shop, Esquire Kitchen dan Dubuyo.

Elemen hiburan terus menjadi tunjang The Mines dengan kehadiran TGV Cinemas, Minexport dan Funscape by Cobay, manakala peminat sukan boleh mendapatkan kelengkapan di Sport Planet, Gatti Sport, Original Classic dan Infinity Sport House.

Dengan pelbagai pembukaan dan perancangan naik taraf ini, The Mines terus memposisikan dirinya sebagai destinasi gaya hidup dinamik yang menghimpunkan hiburan, rekreasi dan pengalaman sosial untuk keluarga, rakan-rakan serta komuniti setempat.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This