Sindiket didalangi warga Asia Timur tumpas, dadah bernilai RM1.04 bilion dirampas

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

SATU sindiket dadah antarabangsa yang didalangi warga Asia Timur berjaya dilumpuhkan menerusi rampasan seberat 6.2 tan dadah bernilai RM1.04 bilion dalam Op Gaharu 2.0 di sekitar Lembah Klang, 21 Disember lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, sindiket antarabangsa itu tumpas susulan penahanan enam suspek termasuk tiga wanita menerusi Op Gaharu 1.0 pada 16 Disember lalu.

Menurut Hussein, serbuan pertama telah dilakukan di Taman Industri Selasa Jaya, Seri Kembangan dengan cecair disyaki dadah Methylenedioxy Methamphetamine (MDMA) seberat 5,983.36 kilogram serta serbuk putih disyaki MDMA seberat 207.74 kilogram telah dirampas.

Beliau berkata, hasil serbuan itu membawa kepada satu lagi operasi di sebuah premis di Taman Perindustrian Kepong yang menyaksikan rampasan serbuk disyaki dadah kokain seberat 20.273 kilogram dan ketamin seberat 1.252 kilogram.

“Siasatan mendapati sindiket ini didalangi warga Asia Timur yang membawa masuk ahli kimia dan bahan prekursor dari luar negara.

“Sindiket juga menggunakan koordinator dan ahli sindiket tempatan bagi memproses dadah,” katanya dalam sidang media di Balai Polis Semenyih, hari ini.

Baca artikel lain: 20 rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar berjaya diselamatkan

Mengulas lanjut, Hussein memberitahu, sebanyak 14 premis termasuk empat kilang turut disewa sindiket berkenaan bagi tujuan memproses dan menyimpan dadah.

Katanya, keseluruhan rampasan membabitkan dadah seberat 6,212 kilogram yang dianggarkan mampu merosakkan kira-kira 20.7 juta pengguna.

“Sindiket ini dipercayai menggunakan Malaysia sebagai pusat pemprosesan sebelum dadah diedarkan ke beberapa destinasi luar negara termasuk Hong Kong dan Australia,” katanya.

Sementara itu, Hussein memaklumkan, serbuan terhadap kegiatan memproses dan menyimpan dadah itu turut membongkar kewujudan pusat panggilan penipuan dalam talian dijalankan sindiket sama.

Beliau turut percaya bahawa sindiket didalangi warga Asia Timur itu turut menjalankan kegiatan penipuan di negara ini.

Beliau berkata, seramai 14 individu telah ditahan dipercayai terbabit dengan kegiatan penipuan itu dengan kesemua mereka telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) untuk siasatan lanjut.

“Kita tidak menjangkakan akan turut membongkar kegiatan penipuan dalam serbuan ini. Sindiket dadah ini jelas mengambil kesempatan dengan turut menjalankan sindiket penipuan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This