Staycation cuti sekolah di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur. Lokasi paling win, dekat je dengan KLCC

Dari Penulis

Bila merancang ‘staycation’ di Kuala Lumpur, pastinya lokasi menjadi fokus utama. Selalunya kita akan mencari hotel yang strategik, selesa dan mesra keluarga serta ‘walkin’ distance untuk ke mana-mana.

Baru-baru ini penulis memilih untuk menginap di DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur sebagai destinasi short getaway sempena cuti sekolah dan ternyata, ia memang memenuhi semua kriteria tersebut. Tak perlu itinerary rumit, tak perlu ulang-alik jauh. Just check-in, relax and enjoy the city vibes.

Salah satu kelebihan utama DoubleTree by Hilton KL ialah lokasinya yang sangat strategik. Dari hotel, anda boleh berjalan kaki ke KLCC, menjadikannya pilihan ideal untuk keluarga yang mahu menikmati suasana bandar tanpa perlu memandu atau bersesak di jalan raya.

Untuk yang datang dari luar Kuala Lumpur, hotel ini juga bersambung dengan pengangkutan awam, jadi pergerakan jadi lebih mudah dan stress-free.

Lebih menarik, DoubleTree by Hilton KL terletak betul-betul di atas shopping mall, jadi segala keperluan asas seperti kedai runcit, farmasi, kafe dan restoran memang tersedia hanya dengan lif.

Dan pastinya satu daya penarik untuk yang ada anak-anak, Makan Kitchen turut menyediakan arcade secara percuma. Anak-anak boleh leka bermain game, sementara ibu bapa boleh menikmati hidangan dengan lebih tenang tanpa rasa tergesa-gesa. Win-win situation!

Seawal langkah pertama masuk ke DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, terasa cukup dihargai dan dialu-alukan. ‘First impression’ yang cukup menyenangkan, daripada senyuman mesra staf sehinggalah kepada signature warm chocolate chip cookies yang dihidangkan ketika check-in. Bunyinya ringkas, tetapi sentuhan kecil ini benar-benar buat kami rasa selesa, seolah-olah pulang ke tempat yang sudah biasa.

Proses check-in pula sangat mudah dan lancar, tanpa perlu menunggu lama, sesuatu yang amat dihargai terutamanya bila datang bersama anak-anak.

Untuk staycation kali ini, kami memilih connecting room, pilihan paling praktikal untuk keluarga. Ruang yang lebih luas memberi keselesaan kepada semua, privasi tetap terjaga dan setiap ahli keluarga boleh berehat dengan tenang.

Biliknya moden, kemas dan cozy, sesuai untuk berehat selepas seharian berjalan di bandar. Tipikal DoubleTree, servis memang konsisten dan mesra. Lima Bintang.

Pengalaman stay & dine di DoubleTree by Hilton KL juga sangat memuaskan. Pilihan makanan pelbagai, sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Sama ada breakfast santai atau dinner keluarga, semuanya mudah diakses tanpa perlu keluar jauh.

DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur bukan sekadar hotel bandar biasa. Ia menawarkan pengalaman staycation keluarga yang lengkap. Strategik, selesa, mesra anak-anak dan sangat sesuai untuk local audience yang mahukan rehat ringkas tapi berkualiti.

Kalau anda cari hotel untuk family staycation yang tenang, praktikal dan kids-friendly, ini memang salah satu pilihan terbaik di Kuala Lumpur.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Evotooth Platinum Sdn Bhd diiktiraf The Asia Records atas tiga inovasi kesihatan mulut pertama di dunia

The Asia Records dengan bangganya mengiktiraf Dr Martin Ong dan Evotooth Platinum Sdn Bhd atas pencapaian tiga mercu tanda...

More Articles Like This