Siti Khadijah perkenal koleksi Ramadan dan Raya 2026. Angkat Warisan Darul Iman, Mushafe

Dari Penulis

Jenama peneraju telekung premium dan busana ibadah, Siti Khadijah mengangkat tema Warisan Darul Iman yang diinspirasikan daripada Mushaf Terengganu, sebuah manuskrip Islam bersejarah yang sarat dengan nilai seni, budaya dan warisan Nusantara menerusi Koleksi Ramadan & Raya 2026.

Jelas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Enda Group Sdn. Bhd., Mohammad Munzir Aminuddin, koleksi tersebut menampilkan gabungan elemen klasik dan moden dengan rekaan yang anggun, halus serta penuh makna, sekali gus mencerminkan keindahan seni Islam yang diangkat dalam konteks gaya hidup masa kini.

“Keindahan warisan tidak seharusnya hanya tersimpan di muzium, sebaliknya perlu dihidupkan dalam kehidupan seharian. Elemen seni mushaf ini kami aplikasikan dengan pendekatan moden dan klasik, menghasilkan rekaan yang anggun, sederhana dan penuh makna,” katanya.

Kata Munzir lagi, Siti Khadijah ingin membawa mesej bahawa Ramadan seharusnya diwarnai dengan busana yang cantik, lengkap dan diraikan.

“Selalunya kita hanya akan menumpukan Aidilfitri untuk membeli baju baru dan baju raya. Namun kami beranggapan bahawa Ramadan juga seharusnya diraikan dengan pakaian yang baru dan suci,” tambahnya lagi.

Seiring aspirasi jenama yang menekankan keseimbangan rohani dan ketenangan jiwa, Siti Khadijah juga memperkenalkan kempen JEDA – Damai Dalam Waktu, satu inisiatif yang mengajak masyarakat untuk berhenti sejenak, memperlahankan langkah dan kembali mencari ketenangan dalam kehidupan yang serba pantas.

Melalui mesej ‘Pause for Peace’, kempen ini menekankan kepentingan ruang jeda bukan untuk melarikan diri, sebaliknya untuk kembali mendekatkan diri kepada keluarga, diri sendiri dan Ilahi, khususnya dalam menyambut Ramadan dan Syawal dengan jiwa yang lebih damai.

Dalam pada itu, Siti Khadijah turut melancarkan Telekung Basic baharu yang ditawarkan pada harga RM188 lengkap bersama kotak istimewa. Produk ini disasarkan sebagai pilihan hadiah bermakna termasuk untuk majlis perkahwinan, marhaban serta khatam al-Quran.

Processed with VSCO with m5 preset

Bagi menyemarakkan lagi Gema Ramadan Siti Khadijah, jenama itu turut mengumumkan pelantikan Amyra Rosli dan Amar Baharin sekeluarga sebagai Duta Ramadan & Raya Siti Khadijah 2026, sekali gus menjadi wajah baharu bagi koleksi keluarga jenama tersebut.

Pelantikan itu mencerminkan nilai kemesraan, kesederhanaan dan kekeluargaan yang menjadi teras kepada falsafah Siti Khadijah, di samping memenuhi keperluan gaya hidup moden tanpa mengabaikan nilai tradisi, kesopanan dan keselesaan.

Antara koleksi yang diperkenalkan merangkumi busana wanita, lelaki dan kanak-kanak, termasuk rekaan untuk seisi keluarga yang sesuai digayakan sepanjang Ramadan dan Syawal.

Orang ramai yang berminat untuk mendapatkan koleksi eksklusif ini boleh mengunjungi mana-mana butik Siti Khadijah di seluruh negara atau melayari laman web rasmi di www.sitikhadijah.com


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

HWC Coffee lancar kempen ConnectKL, sasar perkukuh hubungan komuniti di Lembah Klang

Dalam dunia yang semakin pantas dan dipenuhi pelbagai tuntutan kehidupan, ramai rakyat Malaysia menghabiskan lebih banyak masa di hadapan...

More Articles Like This