Tenang, eksklusif & nostalgia – Konsert New Year’s Eve tampil berbeza

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

SAMBUTAN ambang Tahun Baharu tampil dengan kelainan tersendiri apabila Konsert Nostalgia New Year’s Eve yang berlangsung di Le Méridien Petaling Jaya berjaya mencipta pengalaman eksklusif, intim dan penuh kehangatan buat para hadirin.

Menampilkan persembahan istimewa daripada Ernie Zakri, Syamel serta sentuhan muzik nostalgia oleh DJ Fuzz, konsert ini dianjurkan bersama Universal Music Malaysia.

Berbeza dengan kebiasaan sambutan Tahun Baharu yang sinonim dengan acara terbuka dan kesesakan, konsert ini diadakan secara tertutup sekali gus menawarkan suasana lebih selesa, teratur dan eksklusif.

Syamel menyifatkan penganjuran konsert berkenaan sebagai satu pengalaman baharu dan bermakna buat dirinya, memandangkan ini merupakan kali pertama dia terlibat dalam sambutan Tahun Baharu yang berlangsung di ruang tertutup.

“Ia satu kelainan apabila dimaklumkan oleh pihak label, Universal Music Malaysia, mengenai penganjuran acara sambutan Tahun Baharu secara tertutup bersama Le Méridien.

“Pada awalnya, kami sendiri tidak pernah mempunyai pengalaman sebegini,” katanya.

Tambah Syamel, suasana yang ditawarkan sepanjang konsert memberikan pengalaman berbeza ketika beraksi di pentas.

“Ini juga kali pertama kami merasai pengalaman menyanyi dalam suasana yang sangat tenang, selesa dan teratur. 

“Lazimnya sambutan begini dikaitkan dengan kesesakan dan hiruk-pikuk, tetapi kali ini semuanya berjalan lancar hingga kita tidak sedar sudah pun melangkah ke tahun baharu,” ujarnya.

Dia turut merakamkan penghargaan kepada peminat, rakan media serta pihak penganjur yang menjayakan acara tersebut.

“Kami dapat berkongsi detik istimewa ini bersama peminat yang setia menyokong kami sejak dahulu. 

“Mereka disajikan dengan muzik, hidangan dan suasana yang baik. Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang dirancang,” katanya lagi.

Sementara itu, Ernie Zakri mengakui pada awalnya berasa sedikit gusar memandangkan konsert sambutan Tahun Baharu diadakan di dalam sebuah ballroom, sesuatu yang belum pernah mereka lakukan sebelum ini.

“Secara jujur, saya agak risau kerana kami tidak pasti bagaimana ‘vibe’ dan reaksi penonton. 

“Namun, dari segi keselesaan, suasana dalam dewan memang sangat selesa,” katanya.

Bagaimanapun, kebimbangan itu terlerai sebaik persembahan bermula.

“Apabila Syamel mula menyanyi dan saya mendengar sorakan penonton, Alhamdulillah, ‘feel’ yang kami rasakan sebenarnya tidak jauh beza antara persembahan indoor dan outdoor. Rasa itu tetap sama,” jelasnya.

Ernie turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas kepercayaan yang diberikan.

“Kami amat bersyukur dan berterima kasih kepada pihak Le Méridien dan Universal Music kerana sudi menjemput serta memberikan kepercayaan kepada kami untuk mengendalikan sebuah konsert Malam Tahun Baharu.

“Ia mencabar kerana kebiasaannya orang memilih sambutan di luar, tetapi malam ini istimewa kerana mereka memilih untuk bersama kami,” katanya.

Menurut Ernie, acara itu merupakan sebuah projek yang sangat membahagiakan buat dirinya dan Syamel.

“Ini adalah projek yang benar-benar membuatkan kami gembira dan kami sangat bersyukur dapat merealisasikannya,” tambahnya.

Konsert ini turut dilengkapkan dengan sajian muzik bertenaga oleh DJ Fuzz, yang menyuntik elemen nostalgia serta tenaga segar, sekali gus melengkapkan pengalaman sambutan Tahun Baharu yang eksklusif dan penuh kenangan buat semua yang hadir.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This