JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) merampas alat mainan dewasa serta dagangan mikromobiliti tanpa permit sah melibatkan dua kes berasingan dengan nilai keseluruhan mencecah RM1.05 juta.
Pengarah JKDM WPKL, Wan Norizan Wan Daud memaklumkan, rampasan melibatkan alat mainan dewasa dilakukan hasil maklumat awam pada 30 September tahun lalu.

Katanya, pasukan penguat kuasaan menyerbu sebuah premis perniagaan yang dijadikan lokasi penyimpanan di Taman Perindustrian Putra Puchong, Selangor.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan telah menemukan sebanyak 18,140 unit alat mainan dewasa melibatkan lebih 30 jenis dan 20 jenama dengan anggaran nilai sebanyak RM800,000 disimpan di premis terbabit.
“Barangan itu diklasifikasikan sebagai Barang Larangan Mutlak di bawah Jadual Pertama, Butiran Kelima, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023.
“Susulan itu, seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang juga pemilik premis berkenaan telah ditahan dan kes ini masih dalam siasatan,” katanya dalam satu sidang media hari ini.
Beliau menambah, modus operandi kes berkenaan dikenal pasti sebagai menyimpan alat mainan dewasa di premis dalam kawasan perindustrian.
Sementara itu, Wan Norizan berkata pihaknya turut menyita sebuah kontena yang membawa dagangan mikromobiliti disyaki motosikal moped (moped bike) dan skuter elektrik tanpa tanpa premit sah.

“Hasil pemeriksaan menemukan sejumlah dagangan disyaki moped bike berkapasiti 49cc dan skuter elektrik pelbagai saiz dan jenis dengan kuantiti sebanyak 373 unit melibatkan anggaran nilai berjumlah RM154,626 serta cukai berjumlah RM93,940.
“Siasatan awal mendapati kontena tersebut membawa masuk dagangan dalam bentuk komponen terlerai dari negara China sebelum dibuat pemasangan tempatan di kawasan Lembah Klang,
“Dagangan elektronik itu dikategorikan sebagai larangan bersyarat di bawah Butiran 7, Bahagian II, Jadual Kedua, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023, yang mana pengimportannya memerlukan kelulusan dan permit import daripada Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).” ujarnya.
Baca: 5 cedera kemalangan di Tambak Johor gara-gara seorang penunggang motosikal buat pusingan-U
Mengulas lanjut, beliau berkata modus operandi yang digunakan dalam kes ini adalah dengan membuat pengikraran palsu dalam borang kastam bagi mengelak keperluan permit import ketika pengimportan.
Katanya, kedua-dua kes sedang disiasat di bawah Akta Kastam 1967 iaitu menyimpan atau memiliki apa-apa barang tak berkastam atau larangan import di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.
Sabit kesalahan, mahkamah boleh mengenakan hukuman denda tidak kurang sepuluh (kali amaun duti kastam atau RM100,000 yang mana lebih besar dan tidak lebih dari dua puluh kali nilai barang atau RM500,000. yang mana lebih besar atau dipenjarakan tidak kurang dari enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Pengarang Multimedia/wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lima tahun dalam dunia kewartawanan.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2023, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat penyiaran/portal lain sejak tahun 2021.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama mahkamah, jenayah dan politik.

