Extra Joss Oren selari citarasa tempatan, kukuhkan momentum pasaran minuman tenaga

Dari Penulis

Extra Joss, antara jenama minuman tenaga paling pesat berkembang di Asia Tenggara, terus mengukuhkan kedudukannya di Malaysia menerusi pelancaran semula Extra Joss Oren.

Pelancaran semula perisa Oren ini dilihat tepat pada masanya ketika pasaran menunjukkan permintaan yang semakin meningkat terhadap minuman tenaga dengan rasa lebih ringan, menyegarkan dan mudah dinikmati oleh pelbagai lapisan pengguna.

Inisiatif ini selari dengan komitmen Extra Joss untuk menawarkan produk yang dekat dengan citarasa tempatan di bawah tagline “Sedap, Segar dan Bertenaga!”.

Pengurus Negara Kalbe Malaysia Sdn Bhd, Oktavianus berkata, pengenalan semula Extra Joss Oren merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang syarikat bagi memperkukuh portfolio produk serta mengekalkan momentum pertumbuhan jenama di Malaysia.

“Walaupun perisa Anggur kekal sebagai pilihan utama pengguna tempatan, Extra Joss Oren membuka ruang baharu untuk menarik segmen pengguna yang mahukan rasa lebih segar dan mudah diminum pada bila-bila masa, sama ada ketika bekerja, bersukan atau menjalani rutin harian,” katanya.

Menurut beliau, syarikat turut merancang pembangunan produk yang lebih agresif menjelang 2026 dan 2027 dengan memperkenalkan lebih banyak perisa baharu bagi memenuhi perubahan keperluan dan tingkah laku pengguna.

Ketika ini, Extra Joss menawarkan beberapa variasi perisa termasuk Active, Anggur dan Mangga, yang disesuaikan mengikut gaya hidup pengguna berbeza daripada pengguna harian, individu aktif, sehinggalah atlet yang memerlukan sokongan tenaga pantas dan praktikal.

Dari segi formulasi, Extra Joss Oren mengekalkan ramuan asalnya yang menggabungkan Vitamin B Kompleks, Ginseng Korea dan Royal Jelly, memberikan rasa oren yang menyegarkan bersama fungsi tenaga segera dalam bentuk sachet yang ringkas dan mudah dibawa.

Dalam pada itu, Extra Joss Malaysia turut meningkatkan usaha kesedaran pengguna terhadap isu produk Import Selari (Parallel Import) yang semakin banyak di pasaran.

Walaupun produk ini bukan tiruan atau seludup, ia tidak melalui proses percukaian tempatan, tidak mematuhi keperluan pelabelan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), serta tidak tertakluk kepada kawalan kualiti rasmi di Malaysia.

“Keadaan ini boleh menimbulkan perbezaan harga dan kekeliruan kepada pengguna. Kami ingin menegaskan bahawa hanya produk Extra Joss yang diedarkan secara rasmi oleh Kalbe Malaysia memenuhi piawaian keselamatan tempatan serta menawarkan jaminan kualiti dan sokongan pelanggan,” jelas Oktavianus.

Pihak syarikat optimis bahawa Extra Joss Oren bukan sahaja melengkapkan rangkaian sedia ada, malah berpotensi menjadi pemacu utama jualan baharu, sekali gus memperkukuh kedudukan Extra Joss dalam pasaran minuman tenaga Malaysia yang semakin kompetitif.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This