Bukan sekadar kuih raya, DMG Food fokus kualiti premium. Sasar penubuhan DMG The Cookies Boutique

Dari Penulis

DMG Food Industries Sdn Bhd terus mengorak langkah memperkukuh jenamanya dalam industri makanan apabila tampil dengan rangkaian biskut raya premium sempena Aidilfitri 2026, sekali gus menepis tanggapan bahawa produk buatan kilang tidak mampu menawarkan kualiti tinggi.

Pengerusinya, Datuk Dr. Hassan Saad berkata, selama ini DMG Food lebih dikenali dengan produk butter cookies, namun bermula tahun ini, syarikat itu memperluaskan penawaran dengan pelbagai jenis biskut raya premium.

“Mulai tahun ini, kami mempelbagaikan produk biskut raya premium dan dalam perancangan untuk menubuhkan DMG The Cookies Boutique, iaitu butik biskut pertama kami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Minum Petang Rasa-Rasa Cookies Raya, baru-baru ini.

Menurut beliau, langkah tersebut bertujuan membuktikan bahawa biskut yang dihasilkan di kilang juga mampu mencapai standard premium dan ‘golden’ setanding produk buatan tangan.

Bagi Aidilfitri tahun ini, DMG Food menawarkan 11 jenis kuih raya premium dan 15 jenis kuih raya kategori golden, yang dihasilkan menggunakan bahan berkualiti tinggi termasuk mentega premium bagi mengekalkan rasa dan mutu produk akhir.

Permintaan terhadap biskut raya DMG Food tahun ini disifatkan amat memberangsangkan, namun kapasiti pengeluaran dihadkan kepada 100,000 pek sahaja, dengan setiap pek mengandungi empat jenis biskut premium.

“Permintaan memang tinggi, tetapi kami perlu memastikan kualiti sentiasa terjaga. Bagi memenuhi keperluan pengeluaran, kami turut mendapatkan tenaga kerja daripada PEMAAF (Penempatan Dan Pemulihan Penjara),” jelasnya.

Mengulas isu kenaikan harga bahan mentah yang sering dibangkitkan menjelang musim perayaan, Hassan menegaskan bahawa bekalan bahan mentah sebenarnya mencukupi dan harganya masih terkawal.

“Hakikatnya, harga bahan mentah tidak melonjak seperti yang didakwa. Cuma terdapat segelintir peniaga yang mengambil kesempatan untuk menaikkan harga ketika musim perayaan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa DMG Food masih mampu mengekalkan harga mampu milik kerana syarikat telah membuat persediaan awal dengan mendapatkan bahan mentah lebih awal.

“Alhamdulillah, buat masa ini kami masih dapat mengekalkan harga yang berpatutan tanpa menjejaskan kualiti kerana persediaan awal dan penggunaan bahan premium,” tambahnya.

Dengan strategi kepelbagaian produk serta perancangan penubuhan butik khas, DMG Food dilihat semakin serius untuk memposisikan dirinya sebagai pemain utama dalam segmen biskut raya premium tempatan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

MKDS buka cawangan baharu di Putrajaya

Penyedia perkhidmatan pengurusan berat badan perubatan, Megaklinik Dr Suffian (MKDS) membuka cawangan baharu di IOI Resort City, Putrajaya dalam...

More Articles Like This