Aminuddin umum DUN Negeri Sembilan bubar berkuat kuasa esok

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebentar tadi mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa esok.

Katanya, pembubaran tersebut telah mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pada masa sama, Aminuddin menjelaskan Pakatan Harapan (PH) akan bertanding di kesemua 26 kerusi DUN, di mana pengumumam pembahagian bakal diumumkan minggu hadapan.

“Saya telah mengikut peraturan Undang-undang Tubuh Negeri dan sudah pun mendapatkan perkenan.

“Seterusnya selepas ini pilihan raya, kita akan hantar notis kepada SPR dan serahkan SPR untuk tentukan tarikh,” katanya dalam sidang media, malam ini.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

13 Ahli Parlimen Bersatu desak parti keluar PN, dakwa Muhyiddin punca keretakan

SERAMAI 13 Ahli Parlimen Bersatu menggesa parti itu segera keluar atau dikeluarkan daripada Perikatan Nasional (PN), susulan keputusan Pas...

More Articles Like This