Tak perlu lama, Viu Shorts sajikan drama pendek penuh emosi bagi lengkapkan hiburan mudah alih

Anna Mohamed
Anna Mohamed
Penulis merupakan Pengarang URTV di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama lebih 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal lain sejak tahun 2014. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan indsutri seni hiburan dalam dan luar negara.

Dari Penulis

PLATFORM penstriman video di bawah PCCW, Viu, terus memperluaskan penawaran kandungannya apabila melancarkan Viu Shorts, segmen video vertikal yang boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih.

Dikemas kini setiap bulan, Viu Shorts hadir sebagai pelengkap kepada penawaran sedia ada Viu yang merangkumi siri dan filem premium berdurasi panjang, sekali gus memberi lebih banyak pilihan hiburan kepada penonton yang menggemari kandungan pantas dan ringkas.

Ketua Pegawai Eksekutif Viu serta Pengarah Urusan Kumpulan PCCW Media, Janice Lee, berkata, pelancaran ciri baharu itu membawa dimensi segar kepada pengalaman tontonan pengguna.

“Viu Shorts menawarkan penceritaan pantas menerusi episod berdurasi satu hingga tiga minit.

“Ia melengkapkan kandungan premium berdurasi panjang yang kami sediakan, selain membolehkan kami berinteraksi dengan penonton mengikut keutamaan mereka dan menawarkan pengalaman hiburan yang boleh dinikmati pada setiap masa,” katanya.

Antara tarikan utama Viu Shorts ialah kepelbagaian kandungan yang ditawarkan merangkumi mikro-drama dalam bahasa Cina, Korea, Thai dan Indonesia.

Pilihan genre pula meliputi percintaan, thriller, variasi dan fantasi, kesemuanya disertakan sarikata dalam bahasa tempatan.

Direka khas untuk tontonan mudah alih, ia di optimumkan dalam format vertikal dan boleh diakses sepenuhnya menerusi aplikasi Viu. 

Penambahan bar navigasi baharu di bahagian bawah aplikasi membolehkan pengguna beralih dengan mudah antara kandungan pendek dan siri atau filem berdurasi panjang.

Dari segi akses, Viu Shorts menggunakan model freemium. Semua pengguna Viu boleh mengakses segmen ini, dengan pelanggan menikmati tontonan tanpa had ke keseluruhan perpustakaan mikro-drama, manakala pengguna percuma hanya boleh menonton kandungan terpilih. 

Paparan iklan pula berbeza mengikut tahap langganan. Bagi memastikan kandungan berkualiti tinggi yang berterusan, Viu turut bekerjasama dengan pengedar mikro-drama terkemuka seperti Rising Joy dan KT Studiogenie, selain pengeluar termasuk China Huace, 1001 Frames dan Youhug Media.

Pelancaran tersebut turut mengukuhkan lagi strategi mobile-first Viu dalam memenuhi permintaan terhadap hiburan berbentuk pendek yang boleh dinikmati pada bila-bila masa, tanpa menjejaskan kualiti premium yang sinonim dengan jenama tersebut.

Aplikasi Viu yang kini dilengkapi segmen baharu itu boleh dimuat turun secara percuma melalui Apple App Store dan Google Play Store.

Antara judul pilihan yang ditawarkan sempena pelancaran termasuklah Pear Perfect, The Most Painful Kiss in the World, My Husband Murdered Me dan Becoming the Wife of a Dark Cult Overlord, yang menampilkan kisah sarat emosi merangkumi cinta, dendam, pengorbanan serta kelangsungan hidup.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Karyawan tuntut kerajaan ambil alih kutipan royalti, mahu tamatkan kemelut 2 dekad

PERSATUAN Artis Malaysia (Karyawan) secara rasmi menuntut Kerajaan Malaysia untuk campur tangan dan mengambil alih kawalan sepenuhnya ke atas...

More Articles Like This