DUA individu dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan sebuah van dan motosikal di Jalan UMS, Kebagu, Kota Kinabalu, malam semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supritendan Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, siasatan awal mendapati van jenis KIA itu dipandu dari arah Kampung Numbak menuju ke One Borneo.
Katanya, van tersebut telah bertembung dengan sebuah motosikal jenis Honda Vario 125 yang datang dari arah bertentangan dan dipercayai telah memasuki laluan kenderaan berkenaan.
“Akibat kemalangan tersebut, penunggang dan pembonceng motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan dari Hospital Queen Elizabeth II.
“Pemandu van dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan.
Baca juga: Remaja maut tercampak keluar dari Toyota Yaris yang hilang kawalan di Bentong
Mengulas lanjut, Syed Lot berkata, pemeriksaan awal mendapati van mengalami kerosakan di bahagian hadapan manakala motosikal mengalami kerosakan teruk.
Katanya, tiada pihak yang disyaki berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah, namun sampel darah akan diambil untuk analisis toksikologi.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Syed Lot menambah, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

