Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah kilang simen di Kawasan Perindustrian Tasek, Ipoh, hari ini.

Dalam kejadian itu, mangsa berusia 23 tahun bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan serta terseliuh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.50 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh tiba di lokasi enam minit kemudian.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa sedang melakukan kerja pembaikan di atas silo kilang sebelum terjatuh ke bumbung dan kemudian ke dalam bangunan kilang.

“Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan ringan serta terseliuh,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, ketua operasi melakukan penilaian situasi (size-up) sebelum mengaplikasikan konsep SAVER (Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap) bagi mengeluarkan mangsa dengan selamat.

Katanya, anggota bomba kemudian membawa turun mangsa dengan cara mendukung dan memapahnya sebelum diserahkan kepada petugas ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

PRN Johor: Kempen makin panas, billboard calon PH dirosakkan pihak tertentu – Nie Ching

KEHANGATAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semakin terasa apabila beberapa insiden sabotaj terhadap kempen calon Pakatan Harapan (PH) dilaporkan...

More Articles Like This