Wellspring Buildtrade perkasa industri infrastruktur melalui kualiti dan kelestarian

Dari Penulis

Wellspring Buildtrade, sayap pemasaran strategik kepada BSH Vitrified Clay Pipes (BSH VCP), terus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara pembekal utama paip tanah liat vitrified (VCP) bagi projek infrastruktur dan pembinaan di seluruh negara.

Pengarah Wellspring Buildtrade, Klaus Lim berkata, sejak penubuhannya syarikat itu konsisten membina reputasi sebagai rakan pembekal yang dipercayai oleh pemaju hartanah, kontraktor utama serta subkontraktor yang terlibat dalam pelbagai projek pembangunan berskala besar.

Menurutnya, prestasi jualan tahunan yang mencecah kira-kira 20,000 tan paip VCP mencerminkan keupayaan operasi syarikat yang kukuh serta tahap keyakinan pasaran yang tinggi terhadap kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

“Produk VCP yang dibekalkan oleh Wellspring Buildtrade memenuhi pelbagai piawaian dan pensijilan utama seperti SIRIM, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) serta British Standard, sekali gus menjadikannya sesuai untuk kegunaan jangka panjang dalam sistem kumbahan dan infrastruktur bawah tanah,” katanya.

Beliau menjelaskan, paip VCP dihasilkan daripada bahan mentah semula jadi yang bersifat mesra alam, tahan hakisan dan mempunyai jangka hayat yang panjang, selaras dengan agenda pembangunan mampan serta pengurusan alam sekitar negara.

Selain menitikberatkan aspek kualiti produk, Wellspring Buildtrade turut memberi fokus kepada kecekapan perkhidmatan pelanggan dan pengurusan rantaian bekalan. Ini termasuk perancangan logistik yang sistematik, penghantaran tepat pada masa serta sokongan pelanggan yang responsif bagi memastikan kelancaran pelaksanaan projek pembinaan.

Dalam berdepan cabaran ketidaktentuan pasaran dan peningkatan kos bahan mentah, syarikat itu mengambil pendekatan proaktif dengan mengekalkan harga yang telah dipersetujui bersama pelanggan.

Langkah tersebut, jelas Klaus, membantu mengurangkan risiko kewangan kepada pemaju dan kontraktor, sekali gus menyumbang kepada kestabilan industri pembinaan serta menyokong pemulihan ekonomi pasca pandemik COVID-19, sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Wellspring Buildtrade turut terlibat secara aktif dalam pelbagai projek pembangunan utama bersama pemaju terkemuka seperti Sime Darby, IJM Corporation Bhd, EcoWorld, SP Setia, LBS Bina Group Bhd dan Gamuda, sekali gus memainkan peranan penting dalam pembangunan infrastruktur serta pertumbuhan ekonomi negara.

Komitmen berterusan terhadap kecemerlangan perniagaan, kelestarian dan tanggungjawab sosial turut membolehkan syarikat itu meraih pelbagai pengiktirafan berprestij, antaranya Malaysia Book of Records bagi Jualan Tertinggi Paip Tanah Liat Vitrified Mengikut Tan, Star Outstanding Business Award serta beberapa anugerah berkaitan kecemerlangan ESG dan CSR.

Dalam aspek tanggungjawab sosial korporat, Wellspring Buildtrade juga terlibat secara aktif dalam program kebajikan Abang Susu, yang memfokuskan bantuan kepada kanak-kanak dan keluarga berpendapatan rendah melalui penyediaan bekalan susu serta keperluan asas.

Penglibatan tersebut mencerminkan komitmen syarikat terhadap kesejahteraan komuniti setempat serta kepercayaan bahawa kejayaan perniagaan perlu bergerak seiring dengan penciptaan impak sosial yang positif.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Telefon di tangan, anak di pinggiran

Oleh : Dr Mohd Afifuddin Mohamad DI sebuah restoran, seorang ayah duduk bersama isteri dan anak-anaknya. Makanan terhidang cantik di...

More Articles Like This