BEKAS Panglima Tentera Darat (PTD), Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, atas pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram, hari ini.
Beliau didakwa atas dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah keseluruhan RM145,000.
Bagaimanapun, Muhammad Hafizuddeain, 58, mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Datuk Mohd Nasir Nordin.
“Faham pertuduhan, tidak mengaku bersalah,” katanya.
Muhammad Hafizuddeain menjadi PTD pertama didakwa di mahkamah berhubung kes pengubahan wang haram berkaitan tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).
Berdasarkan pertuduhan, bekas PTD itu didakwa menerima wang haram berjumlah RM115,000 dan RM30,000 yang dimasukkan ke akaun bank miliknya.
Baca artikel lain: Bekas Panglima Tentera Darat bebas reman SPRM
Didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 [Akta 613]
Sehubungan itu, Muhammad Hafizuddeain didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama.
Jika disabitkan kesalahan, dia boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 15 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa dilakukan atau RM5 juta, yang mana lebih tinggi.
Semalam, di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Muhammad Hafizuddeain mengaku tidak bersalah terhadap atas empat tuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram yang keseluruhannya berjumlah RM2.12 juta.
Isteri ketiga kepada Hafizuddeain, Salwani Anuar, 27, pula didakwa atas empat pertuduhan rasuah berjumlah RM77,000.
Wanita berkenaan bagaimanapun turut mengaku tidak bersalah seperti mana pengakuan dibuat suaminya yang terlebih dahulu dituduh di Mahkamah Sesyen berasingan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

