DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside tampilkan Selera Dua Tradisi sempena Ramadan

Dari Penulis

Sempena bulan Ramadan yang bakal menjelang, DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside mempersembahkan Selera Dua Tradisi, bufet makan malam istimewa di Makan Kitchen yang menyatukan keunikan masakan Muslim Cina dan hidangan tempatan kegemaran rakyat Malaysia.

Mengangkat maksud “dua rasa”, Selera Dua Tradisi mencerminkan keharmonian budaya yang berkongsi nilai sejagat seperti kekeluargaan, warisan dan kebersamaan ketika berbuka puasa.

Bufet ini menawarkan pengalaman kulinari yang unik dengan gabungan cita rasa masakan Muslim Cina yang autentik serta sajian tempatan yang dekat di hati.

Pengunjung bakal menikmati hidangan berinspirasikan masakan Utara China yang terkenal dengan penggunaan rempah ratus, teknik masakan perlahan serta sajian buatan tangan yang mengekalkan keaslian resipi tradisional. Kesemua hidangan ini dilengkapkan dengan kepelbagaian menu tempatan, sekali gus mewujudkan keseimbangan rasa yang memikat selera.

Disediakan oleh pasukan kulinari DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside, bufet ini meraikan kepelbagaian budaya melalui makanan, di mana setiap hidangan membawa kisah tradisi dan hubungan budaya yang dikongsi bersama.

Daripada sup beraroma, hidangan wok yang menyelerakan hingga menu utama yang menjadi tumpuan, Selera Dua Tradisi menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang bermakna dan berteraskan warisan.

Bufet Ramadan ini akan berlangsung dari 19 Februari hingga 19 Mac 2026, dengan harga RM208 bersih bagi dewasa dan RM104 bersih bagi kanak-kanak.

Antara tarikan utama termasuk hidangan istimewa Muslim Cina seperti Wok-Fried Cumin Lamb, Beef Noodles, Steamed Buns dan Dumplings, Spicy Cumin Chicken serta roti goreng Muslim Cina berinti daging.

Hidangan tempatan pula menampilkan sajian seperti Mongolian-Style Marinated Whole Baked Baby Lamb, Slow-Cooked Beef Leg dengan perapan cili dan kopi, Sup Sumsum Tulang Lembu serta White Seafood Tom Yam.

Sebagai tambahan, kumpulan seramai 20 orang ke atas akan menerima set sampul merah perayaan yang mengandungi baucar istimewa, termasuk peluang memenangi hadiah utama berupa penginapan tiga hari dua malam di Family Suite DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside.

Ahli Hilton Honors Gold dan Diamond turut menikmati penjimatan sehingga 20 peratus, manakala tempahan berkumpulan 20 orang ke atas layak menerima diskaun 15 peratus, tertakluk kepada terma dan syarat. Hotel ini juga menawarkan pakej stay-and-dine Ramadan bermula dari RM420 ke atas, termasuk penginapan semalaman, sahur dan bufet makan malam.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, hubungi +603 8890 0000, e-mel [email protected]  atau layari laman web rasmi DoubleTree by Hilton Putrajaya Lakeside.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

KPJ Healthcare Alih Fokus TK2026 Kepada Penerapan Kesihatan Baharu Termaju

PENYEDIA perkhidmatan kesihatan swasta, KPJ Healthcare Berhad (KPJ Healthcare), mencatatkan prestasi kewangan yang memberangsangkan bagi Tahun Kewangan 2025 (TK2025)...

More Articles Like This