Pemutuan padi dilaksanakan berdasarkan SOP nasional – Mohamad Sabu

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menegaskan pemutuan padi dilaksanakan berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) nasional (MS84:2017) yang digunapakai di semua kilang.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, tujuannya adalah untuk memastikan subsidi kerajaan dibayar berdasarkan padi berkualiti sebenar, bukan kepada kandungan air atau bendasing.

Hal itu menurut beliau kerana subsidi yang diayar itu menggunakan dana rakyat.

“Ada beberapa wakil rakyat pembangkang bangkitkan isu pemutuan padi sehingga 65 peratus di Dewan Rakyat dengan gambaran diberikan seolah-olah Kerajaan menindas pesawah.

“Bagi yang belum tahu, jelas beliau, pemutuan padi adalah bila padi dihantar ke kilang, pihak kilang akan jalankan pemutuan, berapa peratus berat padi sebenar selepas ditolak dengan kelembapan padi, bendasing dan hampa padi.

“Selepas itu, pengilang akan maklumkan pada pesawah atau pemandu lori tentang pemutuan sebenar. Jika mereka terima pemutuan itu, mereka akan tandatangan setuju. Jika tak setuju, mereka boleh bawa ke kilang lain,” katanya dalam kenyataan.

Baca juga: KPKM meterai MoU dengan PNBRI memperkukuh penyelidikan sektor agromakanan

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, beliau memahami cabaran yang dihadapi pesawah di Parlimen Parit, khususnya berkaitan sistem pengairan dan kualiti hasil.

Katanya, KPKM akan terus berusaha menambahbaik infra dan memastikan kebajikan pesawah terus dibela.

Menurut Mohamad, adalah tidak adil untuk pihak pembangkang mengambil kesempatan untuk menggambarkan beberapa kes terpencil seolah-olah mewakili keseluruhan keadaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Ribut rosakkan beberapa rumah di Taman Mewah, Shafwan ambil inisiatif segera hulur bantuan

BEBERAPA rumah di Jalan Selendang 13, Taman Mewah, Bukit Permai, mengalami kerosakan selepas kawasan itu dilanda ribut. Calon Pakatan Harapan...

More Articles Like This